Tidak ada sperma

March 24, 2009 by  
Filed under Soal Jawab Seks Melayu

SOALAN

KETIKA saya berumur 20 tahun saya diserang bengkak di bahagian . Kini saya berumur 32 tahun dan masih tidak mempunyai anak. Selepas diperiksa doktor, mengesahkan saya tidak mempunyai sperma lagi mungkin disebabkan oleh bengkak pada saya itu. Doktor juga memberitahu tiada ubat untuk kes saya ini. Apakah ada alternatif lain?

JAWAPAN

Buah zakar kilang sperma atau organ yang menghasilkan benih lelaki.
Tumbesarannya berlaku apabila lelaki itu baligh. Sel dalam kilang mula dan dalam masa 90 hari sperma mula kelihatan dalam air lelaki yang baru baligh yang mungkin ketika dia mengalami mimpi basah sperma belum lagi kelihatan.

Mulanya sperma yang terhasil kurang bilangan dan juga kurang.Apabila sperma mula aktif maka banyak sperma terhasil dan bilangannya antara 100-300 juta sehari atau 70 ribu sperma seminit.

Walaupun proses penghasilan sperma aktif, untuk satu sperma menjadi dari peringkat awal ke peringkat perlu menjalani proses 90 hari.
Pengeluaran sperma untuk satu masa tidak sama bilangannya.

Ada kalanya amat tinggi dan ada masa rendah dan ada kalanya tiada sperma dalam air mani.

Jadi ujian air mani perlu dilakukan untuk beberapa kali jika bilangan sperma amat kurang atau tiada, lebih lagi jika lelaki itu demam atau terdedah kepada kepanasan seperti bekerja di kawasan panas atau merendam badan dalam atau mengunjungi pusat wap panas atau sauna.

Sesetengah ubat boleh menyebabkan pembiakan sperma tergendala, ubat seperti ketokonazole, dan .Malah, ada banyak sebab kenapa bilangan sperma merosot.

Penyakit beguk atau ‘mumps’ ketika lelaki sudah dewasa boleh mengancam kedua-dua buah zakar dan menyebabkan kilang buah zakar bengkak dan .

Jika dalam peringkat awal kebengkakan buah zakar berlaku dan buah zakar direndam dalam ais, kebengkakan akan reda dan mungkin kilang sperma tidak rosak secara ketara.

Selepas beberapa bulan kedua-dua buah zakar yang bengkak itu akan mengecut dan menjadi lembik dan kemudian akan mengecil.

Ketika itu kemungkinan kilang buah zakar rosak dan lelaki itu mungkin tidak dapat menghasilkan sperma atau mandul.

Untuk lelaki yang tiada sperma dalam air maninya, pemeriksaan teliti perlu dilakukan.

Isi padu buah zakar perlu disukat dengan alat ‘Orkidometer’ dan ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan dilakukan.

Jika perlu, pembedahan kecil untuk mengambil sedikit tisu buah zakar dilakukan untuk meneliti keadaan kilang sperma dan rawatan sewajar akan diberi selepas menganalisa laporan ujian itu.

Bagaimanapun, jika kilang sperma rosak secara tetap, tiada apa-apa yang boleh dilakukan kecuali mengambil anak angkat.

Saya syorkan anda berjumpa pakar sakit tuan atau andrologis kerana mereka lebih arif mengenai kesuburan lelaki.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]

Carian Popular:

seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline