Kenapa Ramai Lelaki Melayu Gila Seks
March 8, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Seks sebagai satu fenomena semulajadi merupakan satu tajuk bualan yang memberi keseronokkan mengkhayalkan. Oleh itu manusia normal pasti ingin mengetahui dan bercincang mengenai seks. Ini merupakan sebahagian dari sebab-sebab yang mempengaruhi jiwa manusia. Terdapat juga setengah lelaki melayu yang mempunyai fikiran sehala iaitu asyik memikirkan tentang seks.

Daya imaginasinya terlalu terhad. Pengetahuan seksnya terlalu cetek. Mereka hanya tahu bercerita tentang pengalaman seks mereka dan kadang-kadang mungkin indah khabar dari perbuatan. Bagi mereka, tujuan hidup ini hanya mengadakan hubungan seks sahaja. Golongan lelaki seperti ini adalah mementingkan diri sendiri dan fikiran masih belum matang lagi.
Lain-lain sebab ialah berkaitan dengan suasana. Kita dikelilingi oleh publisiti-publisiti mengenai seks oleh media massa. Seks telah dieksploitasikan oleh media massa dan lain-lain media cetak. Lihat sahaja pada iklan-iklan. Terdapat iklan-iklan yang berunsur seks. Begitu juga dengan panggung wayang yang dibanjiri dengan filem-filem yang bercorak lucah.
Oleh itu keseluruhan generasi muda dewasa dengan pengetahuan yang tidak mendatangkan faedah. Penerimaan pengetahuan seks disalurkan dengan cara yang salah. Bila mereka bercerita tentang seks, mereka terasa diri mereka sudah dewasa dan matang. Kebebasan sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.
Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan. Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.
Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya. Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas. Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela. Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi. Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga.
Itu salah!. Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali. Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah.
Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin. Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.
Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud. Minta Allah lindungkan kita dan untuk maklumat, bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer.
Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebab-sebab yang membawa kepada perzinaan. Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.
Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek.” Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.
Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat. Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud: “Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.
Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan ‘diterjah’ dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.
Popularity: 7% [?]
Carian anda:
- gila seks melayu
- melayu gila seks
- perempuan melayu gila seks
- gila seks
- malayu gila
- lelaki gile seks
- info seks lelaki
- lelaki melayu
- lelaki melayu pancut
- sifilis lelaki
Saiz Buah Zakar Yang Sihat
August 11, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
APAKAH saiz sebenar buah zakar yang sihat bagi saya yang belum berkahwin dan tidak pernah beronani? Bagaimanakah saya boleh tahu sama ada saya boleh menghasilkan sperma atau tidak? Ini kerana saya lihat buah zakar saya agak kecil.
JAWAPAN
Lelaki mempunyai sepasang buah zakar dan kedudukannya dalam kerandut. Ada juga lelaki yang tiada buah zakar dan ini berlaku kerana ia tidak menjadi atau buah zakarnya tidak turun ke dalam kerandut ketika dia di dalam rahim ibunya. Perkara sama ada lelaki itu tiada buah zakar atau kedua-dua buah zakarnya terkandas dalam perut hanya dapat dikesan melalui ujian imbasan.
Ada juga lelaki yang mempunyai satu buah zakar dan satu lagi memang tidak menjadi atau terkandas dalam perjalanan dari perut ke dalam kerandut. Jika itu berlaku, buah zakar yang tersangkut itu perlu diturunkan melalui pembedahan dalam masa usia dua tahun.
Jika terlewat diturunkan, ada kemungkinan ia tidak berfungsi dengan baik. Sama juga untuk lelaki yang mempunyai dua buah zakar tersangkut dalam perut. Ia perlu diturunkan melalui pembedahan. Begitu juga dengan buah zakar yang ada di luar kawasan kerandut seperti tundun atau kelangkang.
Buah zakar perlu dimasukkan ke dalam kerandut kerana buah zakar yang tiada dalam kerandutnya terdedah kepada tekanan dan kemungkinan berisiko berubah menjadi kanser buah zakar! Mengenai buah zakar anda yang mungkin mengalami masalah tumbesaran, sebenarnya tumbesaran buah zakar agak kompleks apabila seseorang lelaki itu baligh atau lebih kurang usia 18 tahun.
Selepas itu buah zakar tidak lagi mengembang tetapi ada kemungkinan ia boleh mengecut jika mengalami kecederaan atau jangkitan (seperti jangkitan mumps atau viral orchitis). Untuk pengetahuan saudara, saiz buah zakar yang matang dan sihat adalah 10 mililiter lebih kurang ¾ saiz ibu jari kaki. Jika isi padu kecil, kemungkinan kilang tidak berfungsi dan tidak dapat menghasilkan sperma.
Alat pengukur buah zakar dikenali sebagai Praders Orkidometer. Jika mahu tahu sama ada dia dapat menghasilkan sperma kerana was-was mengenai saiz buah zakar, seseorang itu boleh jalani ujian air mani. Untuk tujuan itu, dia perlu mengeluarkan air maninya dalam bekas plastik yang dibekalkan oleh pihak makmal. Ujian itu lebih perlu selepas seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga.
Jika dia buat ujian itu sebelum berkahwin dan keputusannya pula normal, tentu ia tidak bermakna, tambahan pula profil air maninya juga boleh berubah dari semasa ke semasa! Jadi, saya syorkan anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika perlu, doktor akan jadualkan ujian air mani untuk anda.
Popularity: 10% [?]
Carian anda:
- buah zakar
- saiz zakar melayu
- zakar melayu
- saiz normal zakar melayu
- saiz zakar normal
- saiz zakar lelaki melayu
- zakar yang sihat
- saiz buah zakar normal
- saiz zakar melayu normal
- saiz normal zakar lelaki
Tidak ada sperma
March 24, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
KETIKA saya berumur 20 tahun saya diserang bengkak di bahagian buah zakar. Kini saya berumur 32 tahun dan masih tidak mempunyai anak. Selepas diperiksa doktor, mengesahkan saya tidak mempunyai sperma lagi mungkin disebabkan oleh bengkak pada buah zakar saya itu. Doktor juga memberitahu tiada ubat untuk kes saya ini. Apakah ada alternatif lain?
JAWAPAN
Buah zakar kilang sperma atau organ yang menghasilkan benih lelaki.
Tumbesarannya berlaku apabila lelaki itu baligh. Sel dalam kilang mula membiak dan dalam masa 90 hari sperma mula kelihatan dalam air mani lelaki yang baru baligh yang mungkin ketika dia mengalami mimpi basah sperma belum lagi kelihatan.
Mulanya sperma yang terhasil kurang bilangan dan kualiti juga kurang.Apabila sistem pembiakan sperma mula aktif maka banyak sperma terhasil dan bilangannya antara 100-300 juta sehari atau 70 ribu sperma seminit.
Walaupun proses penghasilan sperma aktif, untuk satu sperma menjadi dari peringkat awal ke peringkat matang perlu menjalani proses ketumbesaran 90 hari.
Pengeluaran sperma untuk satu masa tidak sama bilangannya.
Ada kalanya amat tinggi dan ada masa rendah dan ada kalanya tiada sperma dalam air mani.
Jadi ujian air mani perlu dilakukan untuk beberapa kali jika bilangan sperma amat kurang atau tiada, lebih lagi jika lelaki itu demam atau terdedah kepada kepanasan seperti bekerja di kawasan panas atau merendam badan dalam air panas atau mengunjungi pusat wap panas atau sauna.
Sesetengah ubat boleh menyebabkan pembiakan sperma tergendala, ubat seperti ketokonazole, tagamet dan sulphadiazine.Malah, ada banyak sebab kenapa bilangan sperma merosot.
Penyakit beguk atau ‘mumps’ ketika lelaki sudah dewasa boleh mengancam kedua-dua buah zakar dan menyebabkan kilang buah zakar bengkak dan rosak.
Jika dalam peringkat awal kebengkakan buah zakar berlaku dan buah zakar direndam dalam ais, kebengkakan akan reda dan mungkin kilang sperma tidak rosak secara ketara.
Selepas beberapa bulan kedua-dua buah zakar yang bengkak itu akan mengecut dan menjadi lembik dan kemudian akan mengecil.
Ketika itu kemungkinan kilang buah zakar rosak dan lelaki itu mungkin tidak dapat menghasilkan sperma atau mandul.
Untuk lelaki yang tiada sperma dalam air maninya, pemeriksaan teliti perlu dilakukan.
Isi padu buah zakar perlu disukat dengan alat ‘Orkidometer’ dan ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan dilakukan.
Jika perlu, pembedahan kecil untuk mengambil sedikit tisu buah zakar dilakukan untuk meneliti keadaan kilang sperma dan rawatan sewajar akan diberi selepas menganalisa laporan ujian itu.
Bagaimanapun, jika kilang sperma rosak secara tetap, tiada apa-apa yang boleh dilakukan kecuali mengambil anak angkat.
Saya syorkan anda berjumpa pakar sakit tuan atau andrologis kerana mereka lebih arif mengenai kesuburan lelaki.
Popularity: 1% [?]





