Ramai Lelaki Melayu Mandul
February 21, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Kajian menunjukkan ramai lelaki di Malaysia, terutamanya lelaki melayu yang mandul. Disebabkan ego atau sememangnya tidak mahu ambil tahu, ramai lelaki didapati jahil mengenai isu kesuburan mereka. Bagi mereka, asalkan boleh bersetubuh, itu petanda mereka subur.

Pastikan anda sudah menjalani Pemeriksaan Kesuburan untuk Lelaki
Ada juga yang berkahwin lagi dengan alasan isteri tidak boleh hamil, sedangkan diri sendiri sebenarnya mandul, bukan isteri. Namun, perkembangan pengetahuan dan sikap keterbukaan masyarakat menjadikan lelaki lebih peka terhadap kesuburan mereka dan mengambil tahu jika mengalami masalah sperma atau tidak dapat menghamilkan isteri.
Masalah kesuburan yang berpunca daripada lelaki ialah kegagalan melakukan seks penetratif dan kemampuan ejakulasi. Tanpa ejakulasi, air mani tidak dapat masuk ke dalam faraj dan sperma tidak dapat bertemu telur. Jika ada ejakulasi, faktor yang perlu diambil kira ialah air mani mengandungi sperma, bilangan sperma mencukupi dan sperma aktif serta berbentuk normal. Jika seseorang lelaki itu mempunyai bilangan sperma yang kurang, itu petanda masalah kepada kilang spermanya.
Yang perlu dilakukan ialah pemeriksaan buah zakar dan mengukurnya dengan alat pengukur yang dikenali sebagai orkodometer untuk menyukat isi padu buah zakar kerana jika saiz kurang daripada 10 mililiter (mm), kemungkinan kilang tidak aktif.
Selain itu, pemeriksaan teliti perlu dilakukan untuk mengenal pasti jika salur ven berpintal atau varikosel yang boleh menyebabkan kilang terdedah kepada kepanasan dan bahan toksik akibat kemendapan darah. Rawatannya ialah dengan mengikat salur ven yang berpintal. Jika isi padu buah zakar normal, ujian susulan, termasuk ujian hormon kesuburan, perlu dilakukan. Jika hormon kesuburan rendah atau rendah tapi dalam lingkungan normal, ubat penyubur boleh diberi dan tiga bulan kemudian ujian air mani diulangi untuk mengenal pasti keberkesanan rawatan dengan ubat penyubur.
Selain ubat penyubur, rawatan alternatif dengan herba tertentu boleh dicuba jika didapati tiada sebab kenapa sperma kurang dan kualiti sperma tidak sempurna. Di pasaran, beberapa herba pernah dikaji dan herba ini perlu dimakan untuk beberapa bulan (kira-kira tiga hingga enam bulan) sebelum ujian air mani diulangi. Cuma, ingin saya nasihatkan sesiapa yang berhasrat untuk mencuba herba itu, pastikan anda sudah menjalani pemeriksaan kesuburan untuk lelaki secara teliti kerana tidak perlu menggunakannya jika tiada sebarang masalah.
Popularity: 4% [?]
Carian Popular:
- Air Mani Terpancut Dalam Faraj
- lubang faraj merah
- foto zakar yang tidak berfungsi
- buah zakar yang sihat
- sedut air mani
- PEMERIKSAAN KESUBURAN LELAKI
- Petua pekatkan air mani lelaki
- gsport lelaki
- zakar tidak masuk fajar pun hamil ke?
- cara pastikan sperma masuk dalam ovari
Isteri sukar hamil
December 24, 2008 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
Saya sudah berumah tangga selama hampir 10 tahun dan belum dikurniakan cahaya mata. Saya dan suami pernah diberi ubat kesuburan tetapi hingga kini belum berhasil.
Baru-baru ini saya bertemu dengan seseorang yang terbabit dalam industri jualan langsung dan dimaklumkan perut saya bukan kembang tetapi ia membengkak lalu saya sukar hamil.
Ini mungkin disebabkan saya pernah jatuh atau mengangkat benda berat yang menyebabkan masalah bengkak itu. Haid saya normal cuma ada ketikanya, saya mengalami senggugut. Kadangkala selepas bersama suami, perut saya berasa sakit.
Apakah yang harus saya lakukan?
JAWAPAN
ELOKLAH anda bersama suami berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut memandangkan usia perkahwinan yang lama. Ubat kesuburan hanyalah merangsang pembesaran telur di dalam ovari puan, keberkesanan ubat terbabit juga tidak sama untuk setiap wanita.
Pengambilan ubat kesuburan seeloknya dipantau kesannya menggunakan ultrabunyi, jenis dan dos ubat terbabit ditentukan atau diubahsuai mengikut kesannya ke atas ovari serta lapisan endometrium rahim.
Masalah kesuburan pula boleh berpunca daripada bahagian lain, bukannya disebabkan telur yang tidak membesar saja. Contohnya, bilangan dan peratusan sperma suami yang mencukupi perlu untuk membuahkan kehamilan tanpa bantuan teknik tertentu.
Jika tidak mencukupi, teknik permanian berhadas (lebih dikenali sebagai IUI) dapat mengatasi kekurangan ini. Jika bilangan dan peratusan sperma berkualiti terlalu rendah pula, teknik permanian berhadas pun masih kurang sesuai dan elok dirawat secara persenyawaan tabung uji (lebih dikenali sebagai ICSI).
Ada juga keadaan di mana air mani hanya mengandungi cecair saja dan tidak mengandungi sebarang sperma, keadaan ini dinamakan azoospermia dan memerlukan penyiasatan lanjut.
Bagi wanita pula, selain ovari yang masih berfungsi menghasilkan telur, organ lain sistem peranakan juga penting. Tiub falopio mestilah tidak tersumbat. Memandangkan anda juga mempunyai masalah senggugut, kaedah penyiasatan tiub falopio secara pembedahan laparoskopi lebih sesuai daripada kaedah secara sinaran-x kerana anda mungkin mempunyai penyakit lain yang berkaitan.
Ia sejenis pembedahan kecil menggunakan kamera berteleskop yang dimasukkan melalui potongan kecil sebesar satu sentimeter di dalam pusat. Satu, dua atau tiga lagi lubang kecil bersaiz setengah sentimeter pula dibuat di bahagian ari-ari mengikut keperluan.
Melalui kamera ini, keadaan dalam ruang pelvis anda yang menampakkan permukaan luar rahim, permukaan luar kedua tiub falopio kanan dan kiri, ovari kanan dan kiri, permukaan dinding rahim, struktur penyokong serta keadaan ruang abdomen sehingga ke bahagian atas menampakkan permukaan luar dan bawah hati dapat dibuat penilaian secara langsung.
Sejenis cecair berwarna kemudiannya akan dimasukkan melalui pintu rahim dari arah faraj dan laluannya akan dilihat keluar melalui bukaan tiub falopio kanan dan kiri ini.
Kaedah rawatan kesuburan lebih bergantung kepada usia wanita dan punca masalah kesuburan dengan turut mengambil kira usia perkahwinan dan kesesuaian atau kemampuan pasangan itu sendiri daripada segi kewangan.
Ini kerana kos rawatan jauh berbeza mengikut jenisnya. Sudah tentu peratusan kejayaan juga berbeza mengikut jenisnya. Usahlah menunggu lebih lama dan dapatkan rawatan pakar. Harus diingat, dengan pertambahan usia wanita, ubat kesuburan juga lazimnya lebih mahal (jenis dan dosnya lebih tinggi) namun peratus kejayaan sebaliknya semakin menurun.
Pandangan atau telahan mengenai rahim atau perut membengkak adalah istilah kabur. Saiz rahim membesar lazimnya akibat penyakit fibroid atau adenomyosis. Pemeriksaan doktor dapat mengesan keadaan ini, malah dapat mengukur saiz rahim anda.
Popularity: 3% [?]


