Dua Dari Tiga Lelaki Malaysia Tak Mencapai Kepuasan Seks

March 30, 2009 by  
Filed under Berita Seks Melayu

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh syarikat farmasuetikal terkenal, Pfizer, mendapati dua dari tiga lelaki di Malaysia tidak mencapai yang tinggi.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Kajian ini juga mendapati tiga dari empat wanita di Malaysia tidak mencapai kepuasan sepenuhnya ketika hubungan seks.

Kajian tentang aktiviti seks di Malaysia ini telah diadakan dari bulan Mei hingga Julai 2008, dan melibatkan 4000 peserta dari 13 negara Asia Pasifik. Dari jumlah itu, 102 lelaki dan 100 wanita negara ini telah mengambil bahagian.

Menurut survey The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness itu juga, Malaysia menduduki tangga ke enam dari 13 negara dari segi tahap kepuasan seks. India di kedudukan nombor satu dengan 70% responden berpuashati dengan kehidupan seks mereka, manakala Jepun menduduki tangga paling bawah dengan 10%. Juga dikemukakan adalah keputusan berkaitan di mana 40% lelaki Malaysia mengaku tidak mencapai tahap yang baik.

Menurut Dr. Rosie King, pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, tekanan sosial seperti stress dan kurang keyakinan merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]

Carian Popular:

seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline