Benjolan Di Bibir Faraj
August 11, 2011 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
Saya sudah berumah tangga selama empat tahun. Baru tahun ini saya perasan terdapat ketulan pada bahagian bibir faraj (bahagian dalam) di sebelah kiri dalam anggaran sebiji bola pingpong.
Saya tidak pula rasa sakit dan saya tidak pasti sama ada ia satu ketumbuhan atau sebaliknya. Adakah ia boleh memudaratkan?
JAWAPAN
Anda tidak menyatakan usia anda, saya andaikan anda masih muda. Benjolan berhampiran bibir kemaluan bahagian dalam lazimnya disebabkan kelenjar Bartholin tersumbat, ini dinamakan sista Bartholin dan mudah dirawat secara pembedahan minor.
Sekiranya ia mengalami jangkitan kuman sehingga menjadi bernanah, ia dinamakan abses Bartholin pula dan memerlukan pembedahan segera.
Bagaimanapun, ia boleh juga sebenarnya sista faraj, varikos salur darah vena dan sebagainya. Berjumpalah pakar sakit puan berhampiran untuk kepastian.
Popularity: 1% [?]
Carian Popular:
- benjolan di faraj
- ketulan di faraj
- sakit di bahagian ari-ari
- benjolan di kemaluan
- benjolan di bibir
- sakit perut sebelah kiri bawah selepas pembedahan
- salur bartholin
- sista bartholin
- kisah dibogel pakar sakit puan
- ketumbuhan di bibir fajar
Faraj Dipenuhi Jerawat
February 26, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
SAYA berusia 29 tahun dan sudah berkahwin. Kini saya hamil tujuh bulan anak sulung. Masalahnya, saya mengalami ketumbuhan jerawat yang banyak di kemaluan saya. Jerawat ini membengkak dan menghasilkan nanah. Kadangkala ia menimbulkan kesakitan pada saya. Apakah punca ketumbuhan jerawat dan cara untuk merawatinya? Saya bimbang jerawat ini mendatangkan mudarat kepada saya sebab ia tumbuh agak banyak. Apakah saranan doktor untuk saya menangani masalah ini?
JAWAPAN
JERAWAT bernanah lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman pada liang yang tersumbat oleh kotoran. Eloklah doktor memeriksa anda terlebih dulu dan memastikan ia benar-benar jerawat ataupun masalah lain. Lebih penting, mendapatkan rawatan bersesuaian dan pada masa sama, mencari punca ia kerap terjadi dan banyak. Jika ia (jerawat ataupun kuman saja) berada berhampiran bukaan faraj ataupun berada di dalam faraj, tidak mustahil ia boleh menjangkiti bayi anda sewaktu dilahirkan kelak.
Popularity: 7% [?]


