Elakkan Ketagihan Seks
July 5, 2008 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Seks adalah anugerah tuhan kepada manusia yang penuh nikmat dan keasyikkan. Tetapi, seks yang berlebihan akan menjerus kepada masalah dan penyakit. Tambahan pula penyakit yang dikenali sebagai ketagihan seks.

Jangan sampai kaum wanita perlu memakai alat ini untuk mengelakkan dari jenayah seksual akibat ketagihan seks
Banyak keburukan yang timbul akibat daripada ketagihan seks. Salah satu masalah sosial yang meruncing akibat daripada kesan ketagihan seks adalah kes-kes rogol yang berleluasa pada masa sekarang. Seperti ketagihan-ketagihan yang lain seperti ketagihan judi, alkohol, dadah dan sebagainya, mereka yang ketagihan seks sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu serakah dan ketagihan seks mereka.
Menurut Doktor Patrick Carnes, Ph.D, direktor Klinik “Sexual Dependency Unit” dan “Sexual Therapy Program” di Del Amo Hospital, Torrance, California, beliau pernah mengubati pesakit ketagihan seks yang telah membelanjakan USD50,000 atau lebih hanya dalam masa setahun untuk seks.
Banyak tu, USD50,000 semata-mata untuk seks.
Mengikut kajian yang beliau jalankan, enam peratus masyarakat Amerika mengalami ketagihan seks. Menurut Dr. Patrick Carnes lagi, antara faktor-faktor yang mengakibatkan ketagihan seks ialah;
- Pernah mengalami gangguan seksual semasa alam kanak-kanak.
- Berasa malu dengan aktiviti seksual.
- Tidak dapat menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual walaupun tahu aktiviti itu salah.
- Melakukan hubungan seks yang tidak normal, seperti melanggan pelacur dan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur.
Merawat ketagihan seks tidak bermakna anda harus menghentikan sama sekali aktiviti seksual anda. Cara yang paling berkesan untuk merawat ketagihan seks adalah mendekatkan diri anda kepada Tuhan. Berpuasa adalah salah satu teknik yang telah terbukti dapat mengawal nafsu seks dan nafsu-nafsu lain.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat pakar dan mengikuti program-program untuk mengelakkan ketagihan seks yang dianjurkan.
Segalanya terletak kepada diri anda sendiri.
Popularity: 6% [?]



