Benjolan Pada Kulit Buah Zakar
January 19, 2012 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
SAYA berusia 24 tahun dan mempunyai masalah benjolan pada kulit buah zakar sebesar butir jagung. Sebelum ini ia keras dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun, dalam beberapa hari ini, ia menjadi kemerah-merahan dan sakit apabila ditekan.Saya ingin bertanya kepada doktor adakah ia simptom kanser buah zakar? Apakah yang perlu saya lakukan dan bagaimanakah cara untuk mengubatinya?
JAWAPAN
Kulit kerandut buah zakar mengandungi bulu roma, pundi peluh atau ‘sweat gland’ dan pundi sebaceous atau cecair pelembap semula jadi untuk kulit. Jarang kali pundi sebaceous timbul dan muncul sebagai ‘jerawat’, kelihatan kekuningan dan ini berlaku apabila salur pundi terkandas.
Jarang kali juga sel pundi yang terkandas itu masih aktif dan menghasilkan banyak pelembap dan ini membuatkan pundi itu lebih terjojol dan kelihatan lebih besar. Jika bonjolan ini dipicit, akan terasa sakit. Jika berlaku pula jangkitan, pundi itu akan menjadi radang dan membesar. Jika kebetulan pundi itu pecah, iaitu takungan nanah dalamnya terkeluar, maka bisul akan kelihatan kemerah-merahan dan berbau seperti mentega busuk.
Jelas masalah yang anda alami itu mungkin ‘jerawat’ kerandut. Ia muncul kerana salur pundi pelembap sebaceous terkandas. Ini berlaku mungkin kerana anda mencukur bulu roma kerandut.
Jadi, jika jerawat ini kelihatan besar dan menyakitkan, ia boleh dirawat dengan mengeluarkan isi kandungannya di mana-mana klinik.
Untuk mengelakkannya berulang, anda perlu berhenti mencukur bulu roma kerandut. Sebaliknya, anda boleh ‘trim’ bulu roma atau sapukan krim penghapus bulu roma yang terdapat di kebanyakan farmasi.
Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada doktor keluarga dan menjalani pemeriksaan serta mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Popularity: 1% [?]
Carian Popular:
Faraj Dipenuhi Jerawat
February 26, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
SAYA berusia 29 tahun dan sudah berkahwin. Kini saya hamil tujuh bulan anak sulung. Masalahnya, saya mengalami ketumbuhan jerawat yang banyak di kemaluan saya. Jerawat ini membengkak dan menghasilkan nanah. Kadangkala ia menimbulkan kesakitan pada saya. Apakah punca ketumbuhan jerawat dan cara untuk merawatinya? Saya bimbang jerawat ini mendatangkan mudarat kepada saya sebab ia tumbuh agak banyak. Apakah saranan doktor untuk saya menangani masalah ini?
JAWAPAN
JERAWAT bernanah lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman pada liang yang tersumbat oleh kotoran. Eloklah doktor memeriksa anda terlebih dulu dan memastikan ia benar-benar jerawat ataupun masalah lain. Lebih penting, mendapatkan rawatan bersesuaian dan pada masa sama, mencari punca ia kerap terjadi dan banyak. Jika ia (jerawat ataupun kuman saja) berada berhampiran bukaan faraj ataupun berada di dalam faraj, tidak mustahil ia boleh menjangkiti bayi anda sewaktu dilahirkan kelak.
Popularity: 7% [?]



