Janda 18 Tahun

March 28, 2009 by  
Filed under Cerita Seks Melayu

Terdapat sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya. “nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??” tanya Amat. “kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!” kata Usin membodek Amat.

“Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la..” kata Usin lagi. ‘ Jangankan RM500, 00 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam” kata Amat tanpa berfikir panjang.

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.” kau tak payah susah-susah, semua aku uruskan, kau tau siap” janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang 18thn.

“Usinnnnnnnnnn! !!!!!” jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. “Kau tipu aku Sinnnn!!!” jerit Amat sambil mencekik leher Usin. “Tipu apa plak???” tanya Usin bingung. “Kau kata 18thn!!!!” balas Amat. “La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn…tapi dia dah menjanda 18thn!!!” .

“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu

Popularity: 68% [?]

Carian Popular:

Kasanova Perangkap Janda Gersang

March 25, 2009 by  
Filed under Berita Seks Melayu

Seorang yang menggelar dirinya ‘penyelamat ibu tunggal’ dikatakan memiliki kepakaran apabila berupaya menggoda sepi hingga menjadi serakahnya. Wanita terbabit sanggup berhabis demi cinta mereka dengan lelaki hidung belang terbabit.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Lelaki berusia 46 tahun itu pernah bersama seorang ibu tunggal oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) selain beberapa mangsa membuat laporan polis di Johor Bahru dan Maran, Pahang mengenai kegiatannya itu.

Dia yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak menggunakan talian khidmat mencari rakan sembang sebagai taktiknya untuk menjerat wanita sepi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini dan IPD Maran ketika dihubungi mengesahkan menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Nooh Kadri, pula menyatakan lelaki terbabit dicekup bersama kerana berkhalwat sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah tahun lalu.

“Dia ditangkap penguat kuasa agama JAJ kerana melakukan jenayah syariah pada 29 Jun 2007 bersama wanita berusia 39 tahun. Mereka didapati bukan mahram ketika ditahan dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Wartawan Harian Metro menemubual seorang bekas kekasih lelaki itu dikenali sebagai Zainab, 35.

Zainab yang bekerja sebagai jurujual menyifatkan hidupnya sepanjang enam tahun lalu bersama lelaki itu umpama dalam neraka.

“Saya yakin dia mengamalkan sehingga berjaya mempengaruhi saya untuk menyerahkan wang ,000 secara berperingkat bagi membantunya setiap kali menghadapi masalah.

“Ketika dipujuk rayu, saya seperti terpukau dan cepat simpati terhadapnya walaupun banyak kali memberikan wang simpanan dan gaji kepadanya,” katanya yang membuat laporan dua kali termasuk di Kulai pada 12 Februari dan 24 Disember 2008 di Bandar Seri Alam Masai di sini.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkenalan dengan lelaki itu yang mulanya dianggap sebagai pengganti teman hidup selepas bercerai dengan , mengundang pelbagai masalah tidak berkesudahan.

“Dia pandai bermain kata-kata dan berlagak romantik bagi memenangi hati saya supaya percaya janji manisnya.

“Malah, dia turut memenangi hati dua anak saya berusia 12 dan 13 tahun apabila sering datang ke rumah untuk menjenguk mereka.

“Akibat cair dengan ayat cinta yang selalu dilafazkan setiap kali bertemu, saya akhirnya tunduk kepada kehendaknya sehingga sanggup bersekedudukan selepas dijanjikan mahu mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sejak itu, bermula episod hitam dalam hidup Zainab apabila tanpa disedari, lelaki itu mengikis semua wang simpanannya sebelum terbongkar rahsia dia sebenarnya sudah beristeri dan mempunyai anak.

Selepas mengetahui status sebenar lelaki terbabit, katanya, dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki terbabit.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mudah mengalah lalu menimbulkan pelbagai gangguan secara berterusan.

Lebih mengejutkan Zainab apabila isteri lelaki terbabit turut bersekongkol.

“Dia bertindak di luar batasan, termasuk mengugut dan memukul saya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang enggan lagi meneruskan hubungan.

“Pada 12 Februari tahun lalu, saya ditampar manakala 24 Disember lalu, dia bersama isterinya menyerang saya di sebuah pasar raya di Masai sebelum pertengkaran itu dileraikan pengawal keselamatan,” katanya.

Zainab berkata, dia bernasib baik kerana kedua-dua anaknya memahami keadaan dan memberikan semangat untuk meneruskan hidup walaupun masih diganggu lelaki buaya darat itu.

Dia difahamkan ada ramai ibu tunggal menjadi mangsa kasanova terbabit, termasuk seorang yang bergelar Datin di Gombak untuk mendapatkan wang mudah daripada wanita berduit.
Namun, dia masih tetap melakukan kegiatan tidak bermaruah itu dengan mencari mangsa baru.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 14% [?]

Carian Popular:

seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline