GRO Terlampau

February 28, 2010 by  
Filed under Berita Seks Melayu

warga China yang dipercayai () mengeluarkan kata-kata kesat ketika cuba menghalang gambarnya dirakam apabila dicekup polis di sebuah pusat karaoke di Persiaran Gurney, di sini, awal pagi semalam.

Gro Terlampau

Sebahagian GRO yang dicekup

Bagaimanapun, tindakan agresif wanita itu yang menghalang jurugambar menjalankan tugas berjaya dikawal anggota polis. Wanita itu antara 13 wanita warga China dan seorang wanita warga Uzbekistan bersama 20 pelanggan lelaki berusia antara 20 hingga 30-an yang ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam semalam oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan , Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.

Operasi itu turut disertai 17 pegawai dan anggota Bahagian Penguat kuasa dan Pelesenan (MPPP) yang diketuai Pengarah Pelesenan, Rafiah Mohd Radzi manakala polis pula diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh. Mohd Nasir berkata, operasi dijalankan selepas mendapat maklumat awam bahawa sebuah premis hiburan menjalankan operasi tanpa lesen dan menyalahgunakan syarat lesen dengan menggajikan wanita sebagai GRO.

“Sumber juga memaklumkan, kegiatan tidak bermoral dan penyalahgunaan dadah dijalankan di dalam pusat karaoke yang diserbu dan hasil pemeriksaan di premis itu kami menemui beberapa jenis dan ecstasy bertaburan di lantai beberapa bilik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Katanya, ketika pemeriksaan, semua GRO di dalam premis dan seorang daripada mereka pernah ditahan di lokasi sama tahun lalu.

Menurutnya, pihaknya memantau premis itu selama tiga hari sebelum menyerbu dan berjaya membongkar kegiatan GRO membabitkan warga China yang berselindung di sebalik sebuah pusat karaoke. Beliau berkata, siasatan juga mendapati semua wanita warga asing itu mempunyai pasport sah tetapi menyalahgunakan pas lawatan sosial. Katanya, hasil saringan air kencing ke atas 20 pelanggan lelaki, empat didapati positif dadah dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk dibuat laporan tangkapan dan keterangan diri.

“Berdasarkan siasatan, premis ini membuat permohonan mendapatkan lesen dan diluluskan MPPP tetapi tidak diserahkan lagi kepada pemilik, namun mereka menjalankan perniagaan sejak Disember tahun lalu.

“Semua wanita warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1959/1963 atas kesalahan melanggar syarat pas dan permit. “Pengusahanya turut didakwa kerana menggajikan pekerja warga asing mengikut Seksyen 55B Peraturan Imigresen 1959/1963 manakala empat lelaki tempatan yang ditahan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]

Carian Popular:

seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline