Tertinggal Kondom Di Dalam Faraj Isteri
September 21, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
SAYA mengadakan hubungan intim dengan isteri menggunakan kondom. Selepas bersama didapati kondom itu tiada dan saya rasa ia berada di dalam faraj isteri.
Apakah tindakan yang boleh dilakukan dan apakah kesan kepada isteri jika kondom terbabit masih di dalam farajnya?
JAWAPAN
KONDOM mudah ditarik Âkeluar menggunakan jari yang dimasukkan ke dalam faraj. Setelah itu, kondom hendaklah diperiksa sama ada masih utuh atau sudah koyak. Sekiranya ia sudah koyak, ada kemungkinan sebahagian lagi cebisan kondom terbabit masih tertinggal di dalam faraj.
Anda mungkin memerlukan pemeriksaan atau kepastian doktor melalui pemeriksaan khas menggunakan alat spekulum untuk melihat keseluruhan faraj dan ruangnya. Sekiranya ia berada buat masa yang lama, kehadiran kondom yang juga sejenis benda asing ini boleh menyebabkan jangkitan kuman sehingga mendatangkan masalah lelehan, bau dan seumpamanya.
Sementara itu, usah bimbang, agak mustahil untuk kondom memasuki ke dalam rahim kerana pintu rahim sangat kecil.
Bagaimanapun, kegagalan fungsi kondom (melindungi zakar anda dari awal penetrasi sehingga anda mengeluarkannya dari faraj) menyebabkan isteri anda terdedah kepada kemungkinan kehamilan.
Kondom terbabit mungkin tertanggal kerana zakar anda sudah kembali mengendur selepas ejakulasi (anda sepatutnya terus menarik zakar keluar sejurus selepas ejakulasi) atau kondom terbabit longgar.
Popularity: 5% [?]
Carian Popular:
- bagaimanakah kesan air mani suami masuk ke dalam rahim isteri
- ceritajandaseks
- isteri tiada dara
- kesan kondom tertinggal dalam rahim
- Vedio faraj isteri
- vediofaraj com
- youtube melayu seks dengan kondom
Faraj Dipenuhi Jerawat
February 26, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
SAYA berusia 29 tahun dan sudah berkahwin. Kini saya hamil tujuh bulan anak sulung. Masalahnya, saya mengalami ketumbuhan jerawat yang banyak di kemaluan saya. Jerawat ini membengkak dan menghasilkan nanah. Kadangkala ia menimbulkan kesakitan pada saya. Apakah punca ketumbuhan jerawat dan cara untuk merawatinya? Saya bimbang jerawat ini mendatangkan mudarat kepada saya sebab ia tumbuh agak banyak. Apakah saranan doktor untuk saya menangani masalah ini?
JAWAPAN
JERAWAT bernanah lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman pada liang yang tersumbat oleh kotoran. Eloklah doktor memeriksa anda terlebih dulu dan memastikan ia benar-benar jerawat ataupun masalah lain. Lebih penting, mendapatkan rawatan bersesuaian dan pada masa sama, mencari punca ia kerap terjadi dan banyak. Jika ia (jerawat ataupun kuman saja) berada berhampiran bukaan faraj ataupun berada di dalam faraj, tidak mustahil ia boleh menjangkiti bayi anda sewaktu dilahirkan kelak.
Popularity: 7% [?]


