Penderaan Seksual Oleh Paderi
March 11, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Berita yang mengejutkan terjadi di Haque hari ini apabila Lebih 300 orang membuat aduan mengenai penderaan seksual oleh paderi, kata gereja Katolik Belanda, semalam, selepas mereka mengarahkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan berlaku penganiayaan ke atas kanak-kanak.

Sejak awal bulan ini, kata jurucakap gereja, Pieter Kohnen, sebanyak 300 aduan diterima membabitkan pelbagai kes mulai era 1950-an hingga 1970-an. “Majoriti aduan datang daripada sekolah berasrama di seluruh negara,” katanya.
Aduan itu, katanya, dikendalikan panel terdiri daripada paderi yang ditubuhkan gereja pada 1995 bagi membantu mangsa penderaan seksual pihak terbabit. Semalam, pemimpin agama Belanda mengarahkan siasatan ‘menyeluruh, luaran dan bebas’ terhadap dakwaan berlaku penganiayaan seksual ke atas kanak-kanak oleh paderi.
Mereka turut meminta maaf secara terbuka kepada mangsa terbabit. Persediaan siasatan itu diserahkan kepada bekas Menteri Pendidikan Belanda, Wim Deetman, dan ia dijangka mula diadakan di antara empat dan enam minggu dari sekarang.
Minggu lalu, pihak gereja mengumumkan akan menyiasat dakwaan pelajar di sekolah kendalian mereka di ’s-Heerenberg, timur Belanda apabila aduan mengenai penderaan seksual ditimbulkan. Ia didakwa berlaku 40 dan 50 tahun lalu.
Pendedahan berterusan mengenai paderi yang bernafsu ke atas kanak-kanak menggoncang institusi Gereja Katolik Roman beberapa bulan lalu. Isnin lalu, Menteri Keadilan Jerman, Sabine Leutheusser-Schnarrenberger, menuduh Vatican menghalang siasatan kes seumpama itu dijalankan, termasuk membabitkan seorang budak menganggotai kumpulan koir di bawah kendalian abang Pope Benedict XVI, Georg Ratzinger.
Popularity: 1% [?]
Padah Cinta Lesbian
March 5, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
ALOR STAR: Akibat cinta terlarang, seorang jurujual wanita maut di tangan rakan sekerjanya yang juga seorang wanita selepas ditikam tujuh kali dengan sebilah pisau pemotong sayur di perut dipercayai bermotifkan cemburu dalam kejadian di belakang Lorong Kristal, Taman Kristal di sini, malam kelmarin.

Gambar mangsa ihsan Harian Metro
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Suhana Mohd Shariff, 26, dari Kota Tanah di sini, ditemui terbaring di belakang Perodua Viva putih miliknya, manakala suspek berusia 33 tahun cedera parah di dada dan tangan kiri selepas menikam diri sendiri.
Difahamkan, seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Mohd Faizal yang ketika itu membuat rondaan di lorong berkenaan menemui kedua-dua wanita terbaring menahan kesakitan berhampiran kereta berkenaan. Pengawal terbabit segera menghubungi ambulans dan polis bagi memaklumkan kejadian itu. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, manakala ‘teman lelakinya’ ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan kerana kecederaan serius di dada.
Difahamkan, kedua-dua wanita bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai menjual alat tulis berhampiran Terminal Bas dan Teksi Shahab Perdana di sini dan berkawan sejak dua tahun lalu. Sebelum kejadian, mereka dipercayai bertengkar dalam kereta berkenaan sebelum suspek menikam mangsa tujuh kali di perutnya. Sejurus melihat mangsa terbaring kesakitan, suspek terus mengelar pergelangan tangan kirinya sendiri sebelum menikam dadanya menggunakan pisau sama.
Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, berkata ketika pasukan polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua wanita sudah dihantar ke HSB untuk rawatan. Bagaimanapun, katanya Suhana disahkan meninggal dunia pada jam 11.35 malam di HSB, manakala suspek masih tidak sedarkan diri dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan. “Siasatan awal mendapati mangsa ialah teman rapat suspek berdasarkan beberapa bahan bukti termasuk gambar dan hadiah yang ditemui dalam keretanya selain mendapati nombor pendaftaran kereta Suhana iaitu 8477 juga mungkin disesuaikan dengan tahun kelahiran mereka,” katanya.
Menurutnya, suspek dipercayai tidak puas hati dengan mangsa dan terus menikamnya tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. “Selepas melihat mangsa dalam keadaan separuh sedar akibat tikaman itu, suspek terus mengelar pergelangan tangan kirinya beberapa kali dalam cubaan membunuh diri,” katanya di sini, semalam.
Bagaimanapun, katanya, suspek yang melihat dirinya tidak cedera terus menikam dadanya beberapa kali sebelum rebah di belakang kereta milik Suhana. Abdul Ghafar berkata, menurut saksi kejadian, kedua-dua wanita berada di luar kereta berkenaan dalam keadaan parah dan polis percaya pergaduhan bermula dari dalam kereta kerana ada kesan darah di tempat duduk pemandu serta penumpang hadapan.
“Mangsa keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri manakala suspek mengekori dari belakang. “Bagaimanapun, kedua-duanya ditemui terbaring di belakang kereta berikutan kecederaan yang dialami. “Kami turut menemui sebilah pisau yang digunakan suspek di kawasan sawah berhampiran tempat kejadian,” katanya sambil menyatakan polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan berhampiran bagi membantu siasatan.
Menurutnya, polis sedang menunggu keputusan bedah siasat terhadap mayat mangsa yang berasal dari Lorong Kenanga di sini, manakala suspek yang tinggal di Seberang Nyonya di sini, belum direkodkan kenyataan berikutan masih tidak sedarkan diri. Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Peringatan kepada pasangan-pasangan Lesbian, jangan lah menikam pasangan anda dengan pisau pemotong sayur!
Popularity: 1% [?]
Ustazah Ditangkap Khalwat
March 3, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Seorang ustazah yang bertudung labuh dan berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah ditangkap khalwat di Kuala Lumpur hari ini.

Sekadar gambar hiasan
Ustazah terlampau ini sebelum itu mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu. Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.
Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap. Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.
Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai. Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil. “Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.
“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu. “Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.
Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat. Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.
Popularity: 3% [?]
Pasangan Terlampau di Tasik Titiwangsa
February 27, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Gelagat segelintir remaja berpelukan dan memadu kasih di Taman Tasik Titiwangsa di sini merimaskan pengunjung berkeluarga yang datang beriadah.

Asyiknya memadu asmara, bagai dunia kita yang punya
Perbuatan kurang sopan pasangan muda-mudi itu termasuk pada waktu siang dapat dilihat hampir setiap petang terutama pada hujung minggu dan sewaktu cuti persekolahan. Seorang pengunjung berkata, kebanyakan pasangan remaja datang ke situ dengan tujuan untuk memadu kasih. “Mata kami ‘berbulu’ apabila melihat mereka tanpa segan silu berpelukan di hadapan pengunjung. “Ada antara mereka dengan selamba bercumbuan seolah-olah bukan berada di negara sendiri yang ada adat, budaya dan pegangan agama,” katanya.
Beliau yang sering berkunjung ke taman tasik itu untuk beriadah pernah menegur beberapa pasangan yang berkelakuan sumbang berikutan tidak tahan dengan sikap mereka. Bagaimanapun, katanya, teguran itu tidak diendahkan sebaliknya dia pula dimarahi kerana dituduh menjaga tepi kain orang lain. Menurutnya, papan tanda larangan berkelakuan sumbang juga ibarat hiasan taman berikutan tidak dipedulikan muda-mudi berkenaan. “Mula-mula berpeluk di taman, lepas itu tunggulah kelak ada pula kisah bayi tak bersalah dibuang,” katanya.
Beliau berharap pihak bertanggungjawab terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dapat menjalankan pemantauan lebih kerap bagi mengekang aktiviti tidak bermoral itu daripada terus menjadi parah. Tinjauan Metroplus mendapati hampir setiap sudut taman tasik yang tidak pernah lekang dengan pengunjung itu ‘dihiasi’ pasangan muda-mudi yang ‘mabuk’ cinta. Dakwaan pengunjung juga berasas berikutan memang terdapat segelintir daripada mereka yang sedang asyik berpelukan, langsung tidak menghiraukan pandangan sinis pengunjung yang melihat gelagat mereka.
Lebih merosakkan pandangan, kehadiran Mat dan Minah Rempit yang menjadikan kawasan tasik sebagai ‘port’ lepak sambil bersosial turut mendapat pandangan kurang senang pengunjung.
Sementara itu, Penguasa Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah, ketika dihubungi, berkata pihaknya hanya mampu menasihati pasangan muda-mudi terbabit daripada terus berkelakuan sumbang. “Ini berikutan pihak jabatan tidak mempunyai kuasa untuk menahan mereka. “Bagaimanapun, mereka boleh dikompaun RM300 jika melanggar peraturan yang ditetapkan di taman,” katanya. Menurutnya, DBKL sentiasa melakukan rondaan berkala bagi memantau aktiviti kurang sihat yang berlaku di taman rekreasi di bawah pengurusan mereka.
Popularity: 2% [?]
Seks Ekspress di Johor Bahru
February 23, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Sebuah rumah bernombor 88 di sebatang jalan di Johor Bahru ini yang menyediakan perkhidmatan bilik sewa mengikut jam bagi membolehkan pasangan kekasih melampiaskan nafsu sejurus keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan
Dengan kadar sewa serendah RM20 sejam, rumah teres dua tingkat yang mempamerkan nombor ‘ong’ di balkoni tingkat atas, mempunyai sekurang-kurangnya tujuh bilik selain dilengkapi kemudahan ala kadar seperti sabun, tuala, bilik air, katil dan televisyen. Walaupun hanya setaraf rumah tumpangan atau hotel murah, tempat itu mungkin sudah cukup selesa buat pasangan kemaruk seks tetapi ‘sengkek’ atau tidak berduit untuk menyewa bilik hotel.
Menurut sumber ingin dikenali sebagai Syah, pasangan terdiri daripada warga kerja sekitar bandar raya ini biasanya menyewa bilik berkenaan untuk tempoh singkat bagi mengelakkan kegiatan maksiat mereka dihidu pihak berkuasa dan seterusnya dicekup berkhalwat. Katanya, kebiasaannya pasangan terbabit datang menaiki kereta atau motosikal dan meletakkannya di kawasan pagar rumah atau kawasan berdekatan sebelum bertemu penjaga rumah. “Sebagai tempat persinggahan untuk berasmara, sebaik selesai ‘projek short time’ mereka akan terus beredar.
Biasanya pasangan kekasih terbabit hanya singgah antara setengah jam hingga 40 minit untuk melampiaskan nafsu sebelum pulang semula ke pejabat masing-masing. “Kegiatan tidak bermoral ini sudah berleluasa sejak beberapa tahun lalu. Malah, di sekitar kawasan itu dipercayai ada tiga lagi rumah diubah suai dan menawarkan khidmat sewa bilik mengikut jam untuk kegunaan pasangan kemaruk seks membuat projek short time,” katanya.Berikutan itu, Syah berharap pihak berkuasa mengambil berat terhadap gejala tidak sihat yang sedang berlaku itu dengan memantaunya kerana jika dibiarkan berlarutan bimbang boleh mencemarkan imej bandar raya ini.
Bagi membuktikan dakwaan Syah itu, dua wartawan Harian Metro menyamar sebagai pasangan ingin menyewa bilik di rumah berkenaan pada hari kerja. Sebaik tiba di pintu Persinggahan Asmara, mereka dihampiri penjaga rumah itu yang tanpa segan silu menawarkan khidmat sewaan bilik dengan caj RM20 sejam. Sejurus melangkah masuk ke rumah berkenaan, kelihatan agak sunyi seperti tidak berpenghuni dengan ruang tamu tersusun kemas dilengkapi perabot asas seperti kerusi panjang, radio dan telefon talian tetap.
Seperti tergesa-gesa, wartawan diminta masuk oleh penjaga premis dan dijemput duduk di kerusi panjang diikuti perbualan singkat sebelum dia menunjukkan laluan ke bilik di belakang rumah yang menempatkan tiga bilik. Difahamkan, tingkat atas rumah teres itu mempunyai empat lagi bilik yang boleh disewa pada kadar sama. Penjaga premis berusia sekitar 50-an itu menunjukkan sebuah bilik kosong dan mengingatkan kedua-dua ‘tetamu’ itu diberikan tempoh satu jam untuk berasmara.
Popularity: 2% [?]
Suami Pitam Cekup Isteri Curang
February 19, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Seorang suami berusia lingkungan 60-an hampir pitam apabila mencekup isterinya yang sedang melakukan maksiat dengan lelaki lain di Kajang. Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.

Sekadar gambar hiasan
Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.Pasangan berkenaan yang berpakaian lengkap, ditahan anggota penguat kuasa Jais ketika berada dalam sebuah bilik di kediaman itu.
Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.
“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram. “Namun, biar undang-undang yang menentukan dan saya serahkan segala kes ini kepada pihak berkuasa (Jais) untuk siasatan,” katanya yang sudah tidak dapat menerima lagi isterinya itu.
Menurut suami malang terbabit, dia mendirikan rumah tangga sejak 19 tahun lalu dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dan tidak menyangka isterinya itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan tinggal bersama lelaki bukan mahram. “Saya mula mengesyaki isteri mempunyai hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu selepas melihat sikapnya yang kerap menjauhkan diri setiap kali telefon bimbitnya berbunyi.
“Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang buruk daripada saya kerana sepanjang kami berkahwin, kami tidak pernah berahsia. Kelakuan peliknya ini menyebabkan saya berasa curiga,” katanya. Menurutnya, sejak itu, isterinya yang juga mengajar di sebuah pusat tuisyen di Kajang itu kerap pulang lewat ke rumah walaupun kebiasaannya pusat mengajar berkenaan sudah tutup pada jam 10 malam.
“Isteri saya tiba ke rumah jam 12 tengah malam dan perangainya bertambah teruk, termasuk pernah tidak pulang langsung,” katanya.
Lelaki itu mendakwa, isterinya juga pernah menutup telefon bimbitnya dari pagi dan dia hanya dapat menghubungi wanita berkenaan semula pada sebelah malam. “Sebenarnya, saya sangat risaukan keselamatannya ketika itu kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Namun, dengan rasa tidak bersalah, isteri saya pulang ke rumah tanpa memberikan alasan munasabah.
Difahamkan, cinta antara wanita itu dan lelaki terbabit mula berputik selepas mereka bertemu ketika menghadiri kursus pada September tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi apabila lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyenaraikan nama wanita berkenaan setiap kali kursus dianjurkan.
Popularity: 2% [?]
Imam Cabul Lelaki Bogel
December 9, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
TAMPIN: Sukar untuk dipercayai apabila seorang imam sebuah masjid ditahan selepas dipercayai melakukan kelucahan melampau terhadap pesakit lelakinya ketika menjalankan proses rawatan tradisional di sebuah hotel di bandar ini.

sekadar gambar hiasan
Lelaki berusia 58 tahun itu dikatakan melakukan rawatan pelik apabila mangsa berusia 22 tahun itu diarah berbogel ketika menjalani rawatan. Mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk warga emas berkenaan hanya mengikut arahan dengan harapan penyakit dialaminya akan sembuh.
Sumber berkata, sebelum itu, lelaki berkenaan yang tinggal di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dikatakan datang berjumpa lelaki berkenaan untuk mengubati penyakitnya. Menurutnya, mangsa yang tiba di stesen bas di Pulau Sebang, dekat sini, dijemput lelaki terbabit dengan sebuah kereta dan dibawa ke sebuah hotel untuk menjalani proses rawatan.
“Sebaik berada dalam bilik, mangsa diarahkan supaya berbogel untuk menjalani rawatan mengubati penyakitnya secara tradisional.
“Selepas mangsa membuka pakaian, imam berkenaan melakukan urutan di seluruh badan,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, lelaki itu bagaimanapun terperanjat apabila mendapati imam itu melakukan tindakan di luar dugaan dengan meramas buah dada, memegang kemaluan, mengusap telinga dan mencium bibirnya.
Menurutnya, mangsa yang terkejut segera memakai semula pakaiannya lalu melarikan diri dari situ bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Tampin sejurus kemudian. Sepasukan anggota polis yang menerima maklumat mengenai kejadian bergegas ke hotel berkenaan dan menahan imam itu.
“Berikutan itu, imam terbabit kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya.
Imam berkenaan dikatakan mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai ustazah sebuah sekolah dan mempunyai tiga anak serta beberapa cucu. Dia juga penceramah bebas dan pendakwah di seluruh negara.
Difahamkan, lelaki itu sebelum ini didakwa pernah melakukan beberapa kes merangsang seks terhadap kanak-kanak yang datang ke rumahnya untuk mengaji al-Quran.
Menurut seorang bapa yang enggan dikenali, anaknya yang berusia sembilan tahun pernah menjadi mangsa imam terbabit pada November 1989. Namun, katanya, atas dasar menghormatinya sebagai seorang tok guru dan isterinya sebagai seorang ustazah, perkara itu diselesaikan secara baik.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang ketika dihubungi mengesahkan polis menahan lelaki terbabit.
Popularity: 4% [?]
Dua Dari Tiga Lelaki Malaysia Tak Mencapai Kepuasan Seks
March 30, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh syarikat farmasuetikal terkenal, Pfizer, mendapati dua dari tiga lelaki di Malaysia tidak mencapai kepuasan seks yang tinggi.
Kajian ini juga mendapati tiga dari empat wanita di Malaysia tidak mencapai kepuasan sepenuhnya ketika hubungan seks.
Kajian tentang aktiviti seks di Malaysia ini telah diadakan dari bulan Mei hingga Julai 2008, dan melibatkan 4000 peserta dari 13 negara Asia Pasifik. Dari jumlah itu, 102 lelaki dan 100 wanita negara ini telah mengambil bahagian.
Menurut survey The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness itu juga, Malaysia menduduki tangga ke enam dari 13 negara dari segi tahap kepuasan seks. India di kedudukan nombor satu dengan 70% responden berpuashati dengan kehidupan seks mereka, manakala Jepun menduduki tangga paling bawah dengan 10%. Juga dikemukakan adalah keputusan berkaitan ereksi di mana 40% lelaki Malaysia mengaku tidak mencapai tahap ereksi yang baik.
Menurut Dr. Rosie King, pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, tekanan sosial seperti stress dan kurang keyakinan merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini.
Popularity: 7% [?]
Kasanova Perangkap Janda Gersang
March 25, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Seorang kasanova yang menggelar dirinya ‘penyelamat ibu tunggal’ dikatakan memiliki kepakaran luar biasa apabila berupaya menggoda wanita sepi hingga menjadi pemuas nafsu serakahnya. Wanita terbabit sanggup berhabis wang ringgit demi cinta mereka dengan lelaki hidung belang terbabit.
Lelaki berusia 46 tahun itu pernah ditangkap khalwat bersama seorang ibu tunggal oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) selain beberapa mangsa membuat laporan polis di Johor Bahru dan Maran, Pahang mengenai kegiatannya itu.
Dia yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak menggunakan talian khidmat mencari rakan sembang sebagai taktiknya untuk menjerat wanita sepi.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini dan IPD Maran ketika dihubungi mengesahkan menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Nooh Kadri, pula menyatakan lelaki terbabit dicekup bersama seorang wanita kerana berkhalwat sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah tahun lalu.
“Dia ditangkap penguat kuasa agama JAJ kerana melakukan jenayah syariah pada 29 Jun 2007 bersama wanita berusia 39 tahun. Mereka didapati bukan mahram ketika ditahan dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Wartawan Harian Metro menemubual seorang bekas kekasih lelaki itu dikenali sebagai Zainab, 35.
Zainab yang bekerja sebagai jurujual menyifatkan hidupnya sepanjang enam tahun lalu bersama lelaki itu umpama dalam neraka.
“Saya yakin dia mengamalkan ilmu songsang sehingga berjaya mempengaruhi saya untuk menyerahkan wang RM10,000 secara berperingkat bagi membantunya setiap kali menghadapi masalah.
“Ketika dipujuk rayu, saya seperti terpukau dan cepat simpati terhadapnya walaupun banyak kali memberikan wang simpanan dan gaji kepadanya,” katanya yang membuat laporan dua kali termasuk di Balai Polis Kulai pada 12 Februari dan 24 Disember 2008 di Balai Polis Bandar Seri Alam Masai di sini.
Menurutnya, dia tidak menyangka perkenalan dengan lelaki itu yang mulanya dianggap sebagai pengganti teman hidup selepas bercerai dengan suami, mengundang pelbagai masalah tidak berkesudahan.
“Dia pandai bermain kata-kata dan berlagak romantik bagi memenangi hati saya supaya percaya janji manisnya.
“Malah, dia turut memenangi hati dua anak saya berusia 12 dan 13 tahun apabila sering datang ke rumah untuk menjenguk mereka.
“Akibat cair dengan ayat cinta yang selalu dilafazkan setiap kali bertemu, saya akhirnya tunduk kepada kehendaknya sehingga sanggup bersekedudukan selepas dijanjikan mahu mendirikan rumah tangga,” katanya.
Sejak itu, bermula episod hitam dalam hidup Zainab apabila tanpa disedari, lelaki itu mengikis semua wang simpanannya sebelum terbongkar rahsia dia sebenarnya sudah beristeri dan mempunyai anak.
Selepas mengetahui status sebenar lelaki terbabit, katanya, dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki terbabit.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak mudah mengalah lalu menimbulkan pelbagai gangguan secara berterusan.
Lebih mengejutkan Zainab apabila isteri lelaki terbabit turut bersekongkol.
“Dia bertindak di luar batasan, termasuk mengugut dan memukul saya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang enggan lagi meneruskan hubungan.
“Pada 12 Februari tahun lalu, saya ditampar manakala 24 Disember lalu, dia bersama isterinya menyerang saya di sebuah pasar raya di Masai sebelum pertengkaran itu dileraikan pengawal keselamatan,” katanya.
Zainab berkata, dia bernasib baik kerana kedua-dua anaknya memahami keadaan dan memberikan semangat untuk meneruskan hidup walaupun masih diganggu lelaki buaya darat itu.
Dia difahamkan ada ramai ibu tunggal menjadi mangsa kasanova terbabit, termasuk seorang yang bergelar Datin di Gombak untuk mendapatkan wang mudah daripada wanita berduit.
Namun, dia masih tetap melakukan kegiatan tidak bermaruah itu dengan mencari mangsa baru.
Popularity: 14% [?]
Kerana Ekor Anak Saudara Diratah Bomoh
March 21, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Akibat terlalu kemaruk berjudi nombor ekor, sepasang suami isteri dari Kerdau, dekat sini, tergamak memenuhi tuntutan seorang bomoh temberang supaya menyerahkan anak saudara perempuan mereka untuk disetubuhi.

Sekadar gambar hiasan
Permintaan bomoh itu sebagai syarat utama mendapatkan nombor ramalan yang dikatakan memenangi hadiah pertama.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam sekitar itu, mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dan bersekolah dipelawa menemankan ibu saudara dan suaminya untuk menemui bomoh terbabit di Kerdau. Mangsa yang tidak mengesyaki sebarang perkara buruk terus mengikut mereka.
Bagaimanapun, detik hitam gadis itu bermula apabila bomoh berusia 55 tahun itu terpikat dengan kecantikan mangsa sebelum membuat tuntutan pelik itu kepada pasangan tahi judi berkenaan. Bomoh berhati iblis itu tanpa segan silu meminta pasangan terbabit menyerahkan anak saudara mereka sebagai pengeras jika mahu mendapatkan nombor ekor istimewa yang didakwa memenangi hadiah pertama.
Mulanya, pasangan terbabit enggan memenuhi permintaan bomoh itu, namun selepas dipujuk bomoh terbabit yang berjanji memberikan nombor istimewa itu, akhirnya mereka akur. Mangsa yang tidak mengetahui perbuatan jijik ibu saudara dan suami dibawa ke sebuah rumah kosong tidak jauh dari kediaman bomoh terbabit sebelum dirogol dalam acara korban tubuh kononnya untuk mendapatkan nombor ekor.
Kejadian itu dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa kerana mangsa bimbang mendapat malu.
Peristiwa itu turut menyebabkan mangsa berubah sikap hingga menimbulkan kehairanan ahli keluarganya. Mangsa hanya mendedahkan kejadian itu kepada keluarganya baru-baru ini selepas tertekan dengan perbuatan bomoh terbabit hingga menyebabkannya berubah menjadi murung.
Keluarga mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Selasa lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit. Menurutnya, mangsa dihantar membuat pemeriksaan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) di sini dan pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa akibat dirogol.
Susulan itu, polis melancarkan gerakan memburu bomoh terbabit yang dipercayai sudah menghilangkan diri.
“Kami sedih dan kesal dengan kejadian malang menimpa mangsa gara-gara ketaksuban ibu dan bapa saudaranya terhadap ramalan bomoh semata-mata untuk mendapatkan nombor ekor.
“Oleh itu, polis meminta ibu bapa supaya dapat mengawasi pergerakan anak masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.
Popularity: 6% [?]







