Pensil Disumbat ke dalam Faraj

April 22, 2010 by Info Seks Melayu  
Filed under Berita Seks Melayu

Sudahlah dirogol, pensil pula disumbat ke dalam faraj beliau. Begitulah nasib malang yang menimpa seorang remaja 14 tahun yang dirogol rakan sebaya.

Pelajar Dirogol

Sekadar gambar hiasan

Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensil sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.

Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensil itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu. Timpenbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin. “Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.

“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensil yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensil itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.

Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.

“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Popularity: 13% [?]

Carian anda:

Pelajar Tingkatan Dua Dirogol Rakan Sekelas

April 21, 2010 by Info Seks Melayu  
Filed under Berita Seks Melayu

RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah.

Pelajar Dirogol

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.

Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas.

Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu hanya dibuat mangsa enam hari selepas kejadian dengan ditemani kakitangan rumah kebajikan berkenaan di Balai Polis Rawang.

“Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum ke sekolah mangsa kira-kira jam 2 petang, kelmarin. “Polis menahan pelajar lelaki terbabit yang berada dalam kelas. Pelajar terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya. Menurutnya, mangsa turut dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan dia diperkosa.

“Kes terbabit kini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah memperkosa,’ katanya.

Popularity: 8% [?]

Carian anda:

Pil Kuat Seks Professor Gila

March 15, 2010 by Info Seks Melayu  
Filed under Berita Seks Melayu

Inilah yang terjadi jika terlampau percayakan pil kuat seks yang konon-konon dapat meningkatkan tenaga batin atau membesarkan zakar. Seorang professor yang tidak pernah ke sekolah ataupun mempunyai ijazah telah dicekup apabila dikesan merumus ribuan botol ubat kuat seks yang konon-kononnya boleh meransang nafsu seks penggunanya.

Pil Kuat Seks Professor Gila

Kegiatan `profesor gila’ itu cukup berbahaya berikutan kebanyakan ubat-ubatan dihasilkannya menggunakan resipi pelbagai campuran bahan kimia berbahaya yang boleh mengancam nyawa penghidap sakit sendi dan mati pucuk. Hasil kegiatan haramnya, terbabit mampu memiliki rumah dan deretan kereta mewah, dipercayai hasil kegiatan menjual ubat beracun berkenaan.

Kegiatan lelaki berusia lewat 60-an itu terbongkar apabila sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu rumahnya di Sungai Petani, Kedah, semalam.

Dalam operasi jam 9.30 pagi itu, pegawai penguat kuasa farmasi melakukan serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat selepas pemiliknya dikesan menjadi dalang penjualan pelbagai ubat- dan rangsangan seks. Sumber penguat kuasa farmasi berkata, kediaman mewah yang dikawal beberapa anjing itu dikesan menjadi lokasi memproses dan mengilang pelbagai ubat- Cina yang sengaja dicampur bahan kimia berbahaya termasuk sildenafil dan steroid.

“Kedua-dua racun berbahaya itu boleh merosakkan sistem tubuh, mengakibatkan tulang reput selain mengancam nyawa orang ramai yang mengambilnya tanpa kawalan. “Ramuan sulit lelaki itu dibongkar selepas pihak farmasi menjalankan siasatan rapi bagi mengesan `kilang’ haram terbabit yang menjadi pengeluar utama ubat-ubatan berbahaya di pasaran tempatan,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan suspek sedang sibuk memasukkan cecair ubat-ubatan yang dirumusnya sendiri ke dalam botol kecil untuk dipasarkan. “Ketika disoal siasat, suspek mulanya enggan mengaku menghasilkan sendiri ubat haram terbabit, sebaliknya mendakwa ia diimport dari China berdasarkan label pada botol. “Namun, penemuan pelbagai bahan mentah untuk membuat ubat-ubatan membuktikan segala-segalanya. Malah pegawai farmasi turut menemui pelekat hologram palsu kementerian yang ditampal pada kotak produk untuk mengelirukan pengguna,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat, lelaki itu mendakwa turut mengupah beberapa individu untuk membancuh ubat-ubatan haram terbabit. “Malah, lelaki itu mengaku tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik dalam bidang perubatan atau menghasilkan ubat-.

Semuanya dilakukan hasil kerja `suka-suka’ selain berdasarkan maklumat dikumpulkan daripada rakan-rakan. “Antara ubat-ubatan dirampas ialah pil ubat batuk cap Ibu, kapsul Renseng Du, kapsul Chu Fong Kee Sar dan pil ubat batuk yang semuanya menggunakan nombor pendaftaran MAL palsu dan disahkan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah KKM,” katanya.

Menurutnya, semua produk termasuk mesin yang digunakan untuk pengilangan haram itu bernilai hampir RM200,000 kemudian dirampas. “Kes disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1989) dan Akta Racun 1952. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Popularity: 3% [?]

Carian anda:

Penderaan Seksual Oleh Paderi

March 11, 2010 by Info Seks Melayu  
Filed under Berita Seks Melayu

Berita yang mengejutkan terjadi di Haque hari ini apabila Lebih 300 orang membuat aduan mengenai penderaan seksual oleh paderi, kata gereja Katolik Belanda, semalam, selepas mereka mengarahkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan berlaku penganiayaan ke atas kanak-kanak.

Penderaan Seksual Oleh Paderi

Sejak awal bulan ini, kata jurucakap gereja, Pieter Kohnen, sebanyak 300 aduan diterima membabitkan pelbagai kes mulai era 1950-an hingga 1970-an. “Majoriti aduan datang daripada sekolah berasrama di seluruh negara,” katanya.

Aduan itu, katanya, dikendalikan panel terdiri daripada paderi yang ditubuhkan gereja pada 1995 bagi membantu mangsa penderaan seksual pihak terbabit. Semalam, pemimpin agama Belanda mengarahkan siasatan ‘menyeluruh, luaran dan bebas’ terhadap dakwaan berlaku penganiayaan seksual ke atas kanak-kanak oleh paderi.

Mereka turut meminta maaf secara terbuka kepada mangsa terbabit. Persediaan siasatan itu diserahkan kepada bekas Menteri Pendidikan Belanda, Wim Deetman, dan ia dijangka mula diadakan di antara empat dan enam minggu dari sekarang.

Minggu lalu, pihak gereja mengumumkan akan menyiasat dakwaan pelajar di sekolah kendalian mereka di ’s-Heerenberg, timur Belanda apabila aduan mengenai penderaan seksual ditimbulkan. Ia didakwa berlaku 40 dan 50 tahun lalu.

Pendedahan berterusan mengenai paderi yang bernafsu ke atas kanak-kanak menggoncang institusi Gereja Katolik Roman beberapa bulan lalu. Isnin lalu, Menteri Keadilan Jerman, Sabine Leutheusser-Schnarrenberger, menuduh Vatican menghalang siasatan kes seumpama itu dijalankan, termasuk membabitkan seorang budak menganggotai kumpulan koir di bawah kendalian abang Pope Benedict XVI, .

Popularity: 2% [?]

Carian anda:

Padah Cinta Lesbian

March 5, 2010 by Info Seks Melayu  
Filed under Berita Seks Melayu

: Akibat cinta terlarang, seorang jurujual wanita maut di tangan rakan sekerjanya yang juga seorang wanita selepas ditikam tujuh kali dengan sebilah pisau pemotong sayur di perut dipercayai bermotifkan cemburu dalam kejadian di belakang Lorong Kristal, Taman Kristal di sini, malam kelmarin.


Padah Cinta Lesbian

Gambar mangsa ihsan Harian Metro


Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Suhana Mohd Shariff, 26, dari Kota Tanah di sini, ditemui terbaring di belakang Perodua Viva putih miliknya, manakala suspek berusia 33 tahun cedera parah di dada dan tangan kiri selepas menikam diri sendiri.

Difahamkan, seorang dikenali sebagai Mohd Faizal yang ketika itu membuat rondaan di lorong berkenaan menemui kedua-dua wanita terbaring menahan kesakitan berhampiran kereta berkenaan. Pengawal terbabit segera menghubungi ambulans dan polis bagi memaklumkan kejadian itu. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, manakala ‘teman lelakinya’ ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan kerana kecederaan serius di dada.

Difahamkan, kedua-dua sebagai jurujual di sebuah kedai menjual alat tulis berhampiran Terminal Bas dan Teksi Shahab Perdana di sini dan berkawan sejak dua tahun lalu. Sebelum kejadian, mereka dipercayai bertengkar dalam kereta berkenaan sebelum suspek menikam mangsa tujuh kali di perutnya. Sejurus melihat mangsa terbaring kesakitan, suspek terus mengelar pergelangan tangan kirinya sendiri sebelum menikam dadanya menggunakan pisau sama.

Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, berkata ketika pasukan polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua wanita sudah dihantar ke HSB untuk rawatan. Bagaimanapun, katanya Suhana disahkan meninggal dunia pada jam 11.35 malam di HSB, manakala suspek masih tidak sedarkan diri dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan. “Siasatan awal mendapati mangsa ialah teman rapat suspek berdasarkan beberapa bahan bukti termasuk gambar dan hadiah yang ditemui dalam keretanya selain mendapati nombor pendaftaran kereta Suhana iaitu 8477 juga mungkin disesuaikan dengan tahun kelahiran mereka,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai tidak puas hati dengan mangsa dan terus menikamnya tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. “Selepas melihat mangsa dalam keadaan separuh sedar akibat tikaman itu, suspek terus mengelar pergelangan tangan kirinya beberapa kali dalam cubaan membunuh diri,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, suspek yang melihat dirinya tidak cedera terus menikam dadanya beberapa kali sebelum rebah di belakang kereta milik Suhana. Abdul Ghafar berkata, menurut saksi kejadian, kedua-dua wanita berada di luar kereta berkenaan dalam keadaan parah dan polis percaya pergaduhan bermula dari dalam kereta kerana ada kesan darah di tempat duduk pemandu serta penumpang hadapan.

“Mangsa keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri manakala suspek mengekori dari belakang. “Bagaimanapun, kedua-duanya ditemui terbaring di belakang kereta berikutan kecederaan yang dialami. “Kami turut menemui sebilah pisau yang digunakan suspek di kawasan sawah berhampiran tempat kejadian,” katanya sambil menyatakan polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan berhampiran bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis sedang menunggu keputusan bedah siasat terhadap mayat mangsa yang berasal dari Lorong Kenanga di sini, manakala suspek yang tinggal di Seberang Nyonya di sini, belum direkodkan kenyataan berikutan masih tidak sedarkan diri. Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Peringatan kepada pasangan-pasangan , jangan lah menikam pasangan anda dengan pisau pemotong sayur!

Popularity: 4% [?]

Carian anda:

Ustazah Ditangkap Khalwat

March 3, 2010 by Info Seks Melayu  
Filed under Berita Seks Melayu

Seorang ustazah yang bertudung labuh dan berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah ditangkap khalwat di Kuala Lumpur hari ini.

Ustazah Ditangkap Khalwat

Sekadar gambar hiasan

Ustazah terlampau ini sebelum itu mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu. Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap. Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai. Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil. “Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu. “Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat. Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.

Popularity: 14% [?]

Carian anda:

Pasangan Terlampau di Tasik Titiwangsa

February 27, 2010 by Info Seks Melayu  
Filed under Berita Seks Melayu

Gelagat segelintir remaja berpelukan dan memadu kasih di Taman Tasik Titiwangsa di sini merimaskan pengunjung berkeluarga yang datang beriadah.

Pasangan Terlampau Tasik Titiwangsa

Asyiknya memadu asmara, bagai yang punya

Perbuatan kurang sopan pasangan muda-mudi itu termasuk pada waktu siang dapat dilihat hampir setiap petang terutama pada hujung minggu dan sewaktu cuti persekolahan. Seorang pengunjung berkata, kebanyakan datang ke situ dengan tujuan untuk memadu kasih. “Mata kami ‘berbulu’ apabila melihat mereka tanpa segan silu berpelukan di hadapan pengunjung. “Ada antara mereka dengan selamba bercumbuan seolah-olah bukan berada di negara sendiri yang ada adat, budaya dan pegangan agama,” katanya.

Beliau yang sering berkunjung ke taman tasik itu untuk beriadah pernah menegur beberapa pasangan yang berkelakuan sumbang berikutan tidak tahan dengan sikap mereka. Bagaimanapun, katanya, teguran itu tidak diendahkan sebaliknya dia pula dimarahi kerana dituduh menjaga tepi kain orang lain. Menurutnya, papan tanda larangan berkelakuan sumbang juga ibarat hiasan taman berikutan tidak dipedulikan muda-mudi berkenaan. “Mula-mula berpeluk di taman, lepas itu tunggulah kelak ada pula kisah bayi tak bersalah dibuang,” katanya.

Beliau berharap pihak bertanggungjawab terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persekutuan (Jawi) dapat menjalankan pemantauan lebih kerap bagi mengekang aktiviti tidak bermoral itu daripada terus menjadi parah. Tinjauan Metroplus mendapati hampir setiap sudut taman tasik yang tidak pernah lekang dengan pengunjung itu ‘dihiasi’ pasangan muda-mudi yang ‘mabuk’ cinta. Dakwaan pengunjung juga berasas berikutan memang terdapat segelintir daripada mereka yang sedang asyik berpelukan, langsung tidak menghiraukan pandangan sinis pengunjung yang melihat gelagat mereka.

Lebih merosakkan pandangan, kehadiran Mat dan Minah Rempit yang menjadikan kawasan tasik sebagai ‘port’ lepak sambil bersosial turut mendapat pandangan kurang senang pengunjung.

Sementara itu, Penguasa Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah, ketika dihubungi, berkata pihaknya hanya mampu menasihati pasangan muda-mudi terbabit daripada terus berkelakuan sumbang. “Ini berikutan pihak jabatan tidak mempunyai kuasa untuk menahan mereka. “Bagaimanapun, mereka boleh dikompaun RM300 jika melanggar peraturan yang ditetapkan di taman,” katanya. Menurutnya, DBKL sentiasa melakukan rondaan berkala bagi memantau aktiviti kurang sihat yang berlaku di taman rekreasi di bawah pengurusan mereka.

Popularity: 7% [?]

Carian anda:

Seks Ekspress di Johor Bahru

February 23, 2010 by Info Seks Melayu  
Filed under Berita Seks Melayu

Sebuah rumah bernombor 88 di sebatang jalan di Johor Bahru ini yang menyediakan perkhidmatan bilik sewa mengikut jam bagi membolehkan pasangan kekasih melampiaskan nafsu sejurus keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Seks Ekspress di Johor Bahru

Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan

Dengan kadar sewa serendah RM20 sejam, rumah teres dua tingkat yang mempamerkan nombor ‘ong’ di balkoni tingkat atas, mempunyai sekurang-kurangnya tujuh bilik selain dilengkapi kemudahan ala kadar seperti sabun, , bilik air, katil dan televisyen. Walaupun hanya setaraf rumah tumpangan atau hotel murah, tempat itu mungkin sudah cukup selesa buat pasangan kemaruk seks tetapi ‘sengkek’ atau tidak berduit untuk menyewa bilik hotel.

Menurut sumber ingin dikenali sebagai Syah, pasangan terdiri daripada warga kerja sekitar bandar raya ini biasanya menyewa bilik berkenaan untuk tempoh singkat bagi mengelakkan kegiatan maksiat mereka dihidu pihak berkuasa dan seterusnya dicekup berkhalwat. Katanya, kebiasaannya pasangan terbabit datang menaiki kereta atau motosikal dan meletakkannya di kawasan pagar rumah atau kawasan berdekatan sebelum bertemu penjaga rumah. “Sebagai tempat persinggahan untuk berasmara, sebaik selesai ‘projek short time’ mereka akan terus beredar.

Biasanya pasangan kekasih terbabit hanya singgah antara setengah jam hingga 40 minit untuk melampiaskan nafsu sebelum pulang semula ke pejabat masing-masing. “Kegiatan tidak bermoral ini sudah berleluasa sejak beberapa tahun lalu. Malah, di sekitar kawasan itu dipercayai ada tiga lagi rumah diubah suai dan menawarkan khidmat sewa bilik mengikut jam untuk kegunaan pasangan kemaruk seks membuat projek short time,” katanya.Berikutan itu, Syah berharap pihak berkuasa mengambil berat terhadap gejala tidak sihat yang sedang berlaku itu dengan memantaunya kerana jika dibiarkan berlarutan bimbang boleh mencemarkan imej bandar raya ini.

Bagi membuktikan dakwaan Syah itu, dua wartawan Harian Metro menyamar sebagai pasangan ingin menyewa bilik di rumah berkenaan pada hari kerja. Sebaik tiba di pintu Persinggahan Asmara, mereka dihampiri penjaga rumah itu yang tanpa segan silu menawarkan khidmat sewaan bilik dengan caj RM20 sejam. Sejurus melangkah masuk ke rumah berkenaan, kelihatan agak sunyi seperti tidak berpenghuni dengan ruang tamu tersusun kemas dilengkapi perabot asas seperti kerusi panjang, radio dan telefon talian tetap.

Seperti tergesa-gesa, wartawan diminta masuk oleh penjaga premis dan dijemput duduk di kerusi panjang diikuti perbualan singkat sebelum dia menunjukkan laluan ke bilik di belakang rumah yang menempatkan tiga bilik. Difahamkan, tingkat atas rumah teres itu mempunyai empat lagi bilik yang boleh disewa pada kadar sama. Penjaga premis berusia sekitar 50-an itu menunjukkan sebuah bilik kosong dan mengingatkan kedua-dua ‘tetamu’ itu diberikan tempoh satu jam untuk berasmara.

Popularity: 6% [?]

Carian anda:

Suami Pitam Cekup Isteri Curang

February 19, 2010 by Info Seks Melayu  
Filed under Berita Seks Melayu

Seorang suami berusia lingkungan 60-an hampir pitam apabila mencekup isterinya yang sedang melakukan maksiat dengan lelaki lain di Kajang. Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.

Suami Pitam Cekup Isteri Curang

Sekadar gambar hiasan

Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.Pasangan berkenaan yang berpakaian lengkap, ditahan anggota penguat kuasa Jais ketika berada dalam sebuah bilik di kediaman itu.

Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.

“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram. “Namun, biar undang-undang yang menentukan dan saya serahkan segala kes ini kepada pihak berkuasa (Jais) untuk siasatan,” katanya yang sudah tidak dapat menerima lagi isterinya itu.

Menurut suami malang terbabit, dia mendirikan rumah tangga sejak 19 tahun lalu dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dan tidak menyangka isterinya itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan tinggal bersama lelaki bukan mahram. “Saya mula mengesyaki isteri mempunyai hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu selepas melihat sikapnya yang kerap menjauhkan diri setiap kali telefon bimbitnya berbunyi.

“Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang buruk daripada saya kerana sepanjang kami berkahwin, kami tidak pernah berahsia. Kelakuan peliknya ini menyebabkan saya berasa curiga,” katanya. Menurutnya, sejak itu, isterinya yang juga mengajar di sebuah pusat tuisyen di Kajang itu kerap pulang lewat ke rumah walaupun kebiasaannya pusat mengajar berkenaan sudah tutup pada jam 10 malam.

“Isteri saya tiba ke rumah jam 12 tengah malam dan perangainya bertambah teruk, termasuk pernah tidak pulang langsung,” katanya.

Lelaki itu mendakwa, isterinya juga pernah menutup telefon bimbitnya dari pagi dan dia hanya dapat menghubungi wanita berkenaan semula pada sebelah malam. “Sebenarnya, saya sangat risaukan keselamatannya ketika itu kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Namun, dengan rasa tidak bersalah, isteri saya pulang ke rumah tanpa memberikan alasan munasabah.

Difahamkan, cinta antara wanita itu dan lelaki terbabit mula berputik selepas mereka bertemu ketika menghadiri kursus pada September tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi apabila lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyenaraikan nama wanita berkenaan setiap kali kursus dianjurkan.

Popularity: 9% [?]

Carian anda:

Dua Dari Tiga Lelaki Malaysia Tak Mencapai Kepuasan Seks

March 30, 2009 by Info Seks Melayu  
Filed under Berita Seks Melayu

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh syarikat farmasuetikal terkenal, Pfizer, mendapati dua dari tiga lelaki di Malaysia tidak mencapai kepuasan seks yang tinggi.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Kajian ini juga mendapati tiga dari empat wanita di Malaysia tidak mencapai kepuasan sepenuhnya ketika hubungan seks.

Kajian tentang aktiviti seks di Malaysia ini telah diadakan dari bulan Mei hingga Julai 2008, dan melibatkan 4000 peserta dari 13 negara Asia Pasifik. Dari jumlah itu, 102 lelaki dan 100 wanita negara ini telah mengambil bahagian.

Menurut survey The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness itu juga, Malaysia menduduki tangga ke enam dari 13 negara dari segi tahap kepuasan seks. India di kedudukan nombor satu dengan 70% responden berpuashati dengan kehidupan seks mereka, manakala Jepun menduduki tangga paling bawah dengan 10%. Juga dikemukakan adalah keputusan berkaitan ereksi di mana 40% lelaki Malaysia mengaku tidak mencapai tahap ereksi yang baik.

Menurut Dr. Rosie King, pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, sosial seperti stress dan kurang keyakinan merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]

Carian anda:

Next Page »

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline