Saiz Buah Zakar Yang Sihat
August 11, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
APAKAH saiz sebenar buah zakar yang sihat bagi saya yang belum berkahwin dan tidak pernah beronani? Bagaimanakah saya boleh tahu sama ada saya boleh menghasilkan sperma atau tidak? Ini kerana saya lihat buah zakar saya agak kecil.
JAWAPAN
Lelaki mempunyai sepasang buah zakar dan kedudukannya dalam kerandut. Ada juga lelaki yang tiada buah zakar dan ini berlaku kerana ia tidak menjadi atau buah zakarnya tidak turun ke dalam kerandut ketika dia di dalam rahim ibunya. Perkara sama ada lelaki itu tiada buah zakar atau kedua-dua buah zakarnya terkandas dalam perut hanya dapat dikesan melalui ujian imbasan.
Ada juga lelaki yang mempunyai satu buah zakar dan satu lagi memang tidak menjadi atau terkandas dalam perjalanan dari perut ke dalam kerandut. Jika itu berlaku, buah zakar yang tersangkut itu perlu diturunkan melalui pembedahan dalam masa usia dua tahun.
Jika terlewat diturunkan, ada kemungkinan ia tidak berfungsi dengan baik. Sama juga untuk lelaki yang mempunyai dua buah zakar tersangkut dalam perut. Ia perlu diturunkan melalui pembedahan. Begitu juga dengan buah zakar yang ada di luar kawasan kerandut seperti tundun atau kelangkang.
Buah zakar perlu dimasukkan ke dalam kerandut kerana buah zakar yang tiada dalam kerandutnya terdedah kepada tekanan dan kemungkinan berisiko berubah menjadi kanser buah zakar! Mengenai buah zakar anda yang mungkin mengalami masalah tumbesaran, sebenarnya tumbesaran buah zakar agak kompleks apabila seseorang lelaki itu baligh atau lebih kurang usia 18 tahun.
Selepas itu buah zakar tidak lagi mengembang tetapi ada kemungkinan ia boleh mengecut jika mengalami kecederaan atau jangkitan (seperti jangkitan mumps atau viral orchitis). Untuk pengetahuan saudara, saiz buah zakar yang matang dan sihat adalah 10 mililiter lebih kurang ¾ saiz ibu jari kaki. Jika isi padu kecil, kemungkinan kilang tidak berfungsi dan tidak dapat menghasilkan sperma.
Alat pengukur buah zakar dikenali sebagai Praders Orkidometer. Jika mahu tahu sama ada dia dapat menghasilkan sperma kerana was-was mengenai saiz buah zakar, seseorang itu boleh jalani ujian air mani. Untuk tujuan itu, dia perlu mengeluarkan air maninya dalam bekas plastik yang dibekalkan oleh pihak makmal. Ujian itu lebih perlu selepas seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga.
Jika dia buat ujian itu sebelum berkahwin dan keputusannya pula normal, tentu ia tidak bermakna, tambahan pula profil air maninya juga boleh berubah dari semasa ke semasa! Jadi, saya syorkan anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika perlu, doktor akan jadualkan ujian air mani untuk anda.
Popularity: 9% [?]
Carian Popular:
- soal jawab seks
- buah zakar
- saiz buah zakar normal
- soal jawab rumah tangga
- zakar yang sihat
- seks sihat
- saiz zakar normal
- saiz normal zakar melayu
- saiz buah zakar
- soaljawabrumahtangga my
Janda 18 Tahun
March 28, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Cerita Seks Melayu
Terdapat sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya.
Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.
Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya. “nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??” tanya Amat. “kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!” kata Usin membodek Amat.
“Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la..” kata Usin lagi. ‘ Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam” kata Amat tanpa berfikir panjang.
Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.” kau tak payah susah-susah, semua aku uruskan, kau tau siap” janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.
Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.
Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.
“Usinnnnnnnnnn! !!!!!” jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. “Kau tipu aku Sinnnn!!!” jerit Amat sambil mencekik leher Usin. “Tipu apa plak???” tanya Usin bingung. “Kau kata 18thn!!!!” balas Amat. “La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn…tapi dia dah menjanda 18thn!!!” .
“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu
Popularity: 68% [?]



