Sukar Melepasi Malam Pertama
February 14, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
Saya hampir sebulan sudah berkahwin, tetapi, masih belum berjaya melepasi malam pertama.. suami saya mengatakan tidak mengapa, tetapi, saya tahu, dalam hatinya merasakan hampa. saya juga telah mencuba, tetpai, tiada kepuasan dalam hubungan kelamin kami..setiap kali suami ingin menyentuh saya, saya mula merasa takut. apatah lagi apabila dia cuba hendak menembusi selaput dara saya. pintu saya masih berkunci dan tidak berjaya ditembusi. saya merasa sakit apabila dia cuba hendak menembusinya. terus saya meminta utk berhenti, dan akhirnya saya akan menangis… suami mana yang tidak terluka, selalu saya mencuba, tetapi, kegagalan yang saya temui…sehingga kini, saya masih belum bersedia kerana takut.. diharap dengan adanya bantuan daripada pihak tuan, saya dapat memberi kejutan kepada suami saya..tq
JAWAPAN
Puan tidak perlu risau atau rasa terasing kerana masalah yang terjadi kepada Puan sering dihadapi oleh wanita yang baru berkahwin pada masa sekarang, dan Puan tidak boleh menyalahkan diri Puan 100%. Hubungan seks adalah sesuatu yang indah dan kedua-dua pihak harus pandai memainkan peranan untuk memberikan kenikmatan kepada kedua-kedua pihak.
Di dalam konteks ini, oleh kerana puan tidak mempunyai pengalaman dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru, suami puan harus mengambil peranan sebagai watak utama dan harus pandai memainkan peranan untuk menghilangkan rasa takut yang puan hadapi. Suami puan harus pandai memainkan peranan untuk membuatkan puan menjadi asyik sehingga timbul keinginan untuk bersama. Sebagai contoh, mungkin suami puan boleh bermula dengan memeluk puan, seterusnya berbual tentang apa sahaja, sambil beliau membelai puan sehingga puan leka. Kemudian beliau boleh mula menyentuh tempat-tempat sensitif pada badan puan dengan bersahaja tanpa puan sedari, dan seterusnya.
Sebagai seorang perempuan, apabila seorang lelaki telah berjaya memetik suis pada badan puan, puan akan lupakan segala ketakutan untuk bersama, dan akan terus inginkan dibelai dan akan meminta suami puan untuk melakukan aksi seterusnya. Dari aspek fizikal, terdapat dua keadaan yang menunjukkan puan telah betul-betul bersedia;
1. Nafas akan menjadi kencang dan tidak teratur.
2. Puting pada payu dara menjadi tegang dan keras.
3. Akan keluar cairan dari faraj sebagai pelincir untuk memasukkan zakar dan seterusnya.
Suami puan harus pandai mencari suis tersebut, dan puan juga boleh membantu beliau dengan memberi “hint” atau panduan di mana suis tersebut berada pada puan. Setiap suis pada badan setiap perempuan adalah berbeza lokasinya, dan tidak semestinya hanya berada pada tempat sensitif seperti buah dada, punggung atau faraj.
Di harap jawapan dari saya dapat membantu puan dan suami sedikit sebanyak. Apa yang penting ialah teruskan mencuba dan jangan berputus asa. Percayalah apa yang puan akan perolehi dari hubungan seks secara sah hanyalah kenikmatan dan kebahagiaan.
Popularity: 7% [?]




liza on Tue, 16th Feb 2010 6:40 pm
ya la.. benda mcm ni kena saba x leh gopoh2..apa yang pnting bawa berbincang.
ayie on Mon, 4th Apr 2011 1:47 am
sama la dgn apa yg sy alami.istri tkt n x sdia.dia kemut n x blh msk.x blh paksa.paksa dia skit… Nk cr suis kt mana lg.sumer dh.
atilia on Sun, 14th Aug 2011 8:36 am
EN aYIE, Ada satu symptom di mana isteri tidak dapat mengawal kemutan ketika cuba utk menembusi selaput dara. Sila buat carian utk masalah “vaginisme”..kalau tak silap saya.. dan mungkin isteri anda perlu terapi atau sokongan dari anda untuk kawal mindanya..kalau diluar negara, vaginisme ni dibincangkan secara terbuka.. tapi dimalaysia.. kalau suami gagal menembusi selaput dara.. doktor suruh operate jer..tapi operation bukan penyelesaiannya.. ada teknik/alat utk wanita yg mengalami masalah ini.. sila buat carian di internet utk maklumat lanjut..