Sakit Jantung Semasa Hamil
March 27, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
Saya berusia 39 tahun dan hamil anak ketiga. Tiada masalah dengan kehamilan saya cuma saya pernah terbaca mengenai serangan sakit jantung di kalangan wanita dikatakan lebih tinggi sewaktu mereka hamil? Adakah ini benar?
JAWAPAN
SAYA andaikan serangan sakit jantung yang anda maksudkan mungkin bermaksud masalah sakit jantung secara keseluruhannya. Ini kerana serangan sakit jantung lazimnya dirujuk kepada keadaan kesakitan jantung akibat ketidaknormalan degupan jantung yang disebabkan kegagalan otot yang mengalami infarksi.
Ini kebiasaannya berlaku akibat penyumbatan atau penyempitan saluran darah yang membekalkan otot jantung ini dengan plak lelemak. Penyakit jantung wanita hamil kini pula lazimnya disebabkan masalah ketidaknormalan jantung itu sendiri yang dibawa sejak lahir lagi.
Dulu, penyakit jantung wanita hamil juga kerap disebabkan jangkitan kuman (endokarditis) tetapi dengan peningkatan tahap kesihatan global, keadaan ini tidak lagi lazim berlaku.
Secara logiknya, memandangkan kebanyakan wanita hanya menjalani pemeriksaan kesihatan ketika pemeriksaan antenatal, tidak mustahil penyakit jantung ini hanya mula dikesan sewaktu hamil dan bukan sebelumnya.
Memandangkan usia kita semakin meningkat, eloklah lakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan kehamilan. Di samping itu, pemakanan rendah kolesterol dan senaman secara rutin juga elok diamalkan.
Popularity: 1% [?]
"Bosanlah bang, asyik-asyik posisi doggy, man on top, woman on top. Jom lah try posisi lain pulak". Jangan sampai isteri anda mengadu kebosanan kepada anda kerana ketandusan posisi seks ketika bersama, Terokai 102 Posisi Seks Unik bersama panduan-panduan ketika bersama yang diambil dari 4 Kitab Seks Kuno dari India, Arab dan China, Klik di sini!.







yan on Wed, 26th Aug 2009 10:57 am
salam…
sya ingin mengatahui tentang ganja?
jika kita mengandung dan terhidu bau ganja dgn tdk sengaja
apakah kesan bau itu pada anak dalam kandungan?
adakah memudarat kan?