Cecair Keluar Dari Payudara

SOALAN

SAYA berusia 34 tahun, berat badan 44 kilogram dengan ketinggian lima kaki empat inci. Kesihatan saya normal dan sudah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 13 tahun. Baru-baru ini saya dapati ada sedikit cecair keluar daripada puting payudara kiri saya. Jika saya memicit pada bahagian puting terbabit, kadangkala ada cecair keluar tetapi jika dibiarkan, tiada pula cecair yang keluar. Saya tidak rasa sakit di sekitar payudara itu. Apakah cecair itu sebenarnya?

JAWAPAN

ANDA tidak menerangkan lebih lanjut mengenai cecair terbabit sama ada jernih, susu atau darah. Apapun, memandangkan ini tidak dialami dahulunya, saya sarankan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Contoh cecair mungkin akan dihantar untuk ujian sitologi. Pada masa sama, doktor mungkin akan melakukan imbasan ultra bunyi ke atas kedua-dua payudara anda. Ia boleh sama ada susu (kadangkala disebabkan oleh rangsangan manual seperti kerap menyentuh atau memicit payudara), jangkitan kuman (kurang berkemungkinan memandangkan anda tidak sakit atau payudara tidak membengkak) atau penyakit berbahaya.

Yuhanis Zakaria

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

2 Responses

  1. alongvilla says:

    sy nak tahu samada sy normal seks atau tidak.sy seorang jejaka berumur 33 tahun,berkeluarga dan berkerjaya.
    Masalhnya di sini,sy terlalu mengharapkan seks yg cukup hebat.Apabla bersama pasangan,sy mahukan seks yg ekstrem dan di luar jangkuan puas sy.Sy sering terbayang pasangan akan melakukan sesuatu di luar dugaan,namun hampa.

    Soalan saya: Saya tahu seks bukan segalnya dalam melyari bahtera rumahtangga,akan tetapi adakah sy cukup normal dalam ilmu seks ini….

  2. Cuba berbincang dengan pasangan saudara tentang perkara ini. Beritahu beliau kehendak dan expectation saudara terhadap dirinya ketika melakukan hubungan seks.

Leave a Reply

%d bloggers like this: