Pantang Larang untuk Kekuatan Tenaga Batin Lelaki

Pantang Larang Tenaga Batin Lelaki

Pantang Larang Tenaga Batin Lelaki

Orang Melayu kita kaya dengan pantang larang dan petua. Terdapat pelbagai petua terutamanya petua-petua untuk menjaga kesihatan luaran mahupun dalaman.

Paling hebat sekali adalah petua-petua Melayu untuk menjaga kesihatan tenaga batin.

Adakalanya kita rasakan petua-petua Melayu untuk tenaga batin ni tak masuk akal ataupun, agak “pelik” sedikit. Tetapi petua-petua melayu untuk tenaga batin ini telah lama diamalkan oleh generasi-generasi sebelum kita dan telah membuahkan hasil yang diharapkan.

Dalam petua-petua melayu untuk tenaga batin, terdapat pelbagai pantang larang yang harus diikuti. Biasa lah, orang Melayu kita memang banyak pantang larang.

Kat bawah ni disenaraikan pantang larang-pantang larang untuk menjaga kesihatan dan kekuatan tenaga batin untuk orang lelaki. Amalkan lah petua-petua ni, nescaya anda tidak akan menyesal dan akan menyedari peningkatan dalam kekuatan tenaga batin anda.

  1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
  2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minnum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
  3. Usah amalkan makan makanan bersifat ssejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
  4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berllinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
  5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.
  6. Elakkan minum air ketika badan sedangg panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
  7. Jangan makan kepak ayam daging keranaa ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
  8. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
  9. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
  10. Elakkan dari buang air ditempat air bbertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.
  11. Ini melatih mengawal otot zakar dengaan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
  12. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
  13. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
  14. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
  15. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
  16. Jangan jimak di dalam air.
  17. Jangan terus minum air selepas jimak,, rehat dahulu 15 minit.
  18. Jangan biarkan pinggang terhentak denngan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
  19. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
  20. Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit
  21. Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga

Jangan baca saja, amalkan dan jangan bosan untuk mengamalkan petua-petua tenaga batin dan pantang larang tenaga batin untuk kekuatan lelaki.

Yuhanis Zakaria

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

1 Response

  1. Osman Karim says:

    Tumpang tanya. pasal tips no 12 tu.. saye berumur 24,isteri saya 33..mcm mane pulak tu??

Leave a Reply

%d bloggers like this: