Mitos Malam Pertama

Malam pertama bagi setiap pasangan suami isteri sudah pasti adalah malam yang mendebarkan. Apatah lagi jika pernikahan yang dilalui adalah melalui pilihan ibu bapa dan si suami dan isteri tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum itu.

mitos malam pertama
Banyak mitos malam pertama yang berlegar di kalangan masyarakat kita

Mitos malam pertama

Berikut adalah beberapa mitos malam pertama yang banyak dibualkan di kalangan masyarakat kita.

  1. Malam pertama akan menyakitkan
    Ini adalah anggapan yang salah. Hubungan seks pertama kali tidak selalunya menyakitkan. Kerisauan kaum wanita pada malam pertama adalah risau akan kemaluan atau vagina mereka tidak dapat menampung zakar yang kelihatan besar ketika berlaku ereksi. Walaubagaimana pun, rasa sakit pada vagina mungkin akan terjadi sekiranya kemaluan wanita tersebut masih kering. Si suami harus pandai ketika foreplay untuk membasahkan kemaluan isteri dan pastikan isteri benar-benar bersedia untuk menerima tusukan zakar suami.
  2. Ejakulasi pra matang selalu terjadi pada Malam Pertama
    Tidak selalunya ejakulasi pra matang hanya akan terjadi pada malam pertama. Ejakulasi pra matang bagi kaum lelaki boleh berlaku pada setiap hubungan seks, dan tidak semestinya hanya berlaku pada hubungan seks malam pertama.
  3. Zakar besar akan memuaskan isteri
    Tidak semestinya saiz zakar yang besar akan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada isteri. Faktor kekerasan zakar lebih memainkan peranan daripada saiz zakar. Namun begitu tidak dinafikan zakar yang besar dan juga keras akan memberikan kelebihan kepada suami.
  4. Malam pertama selalunya adalah yang terbaik
    Kenyataan ini mungkin benar bagi sesetengah pasangan. Tetapi selalunya masa diperlukan untuk suami dan isteri saling memahami dalam hubungan seks. Sebagai contoh, bahagian mana kah pada tubuh isteri yang harus disentuh oleh suami untuk menaikkan nafsu seks isteri. Jangan risau jika malam pertama tidak memberikan nikmat hubungan seks yang anda harapkan. Berikan masa dan nescaya anda akan mencapai kenikmatan hubungan seks yang anda harapkan.
  5. Darah pecah dara
    Darah yang keluar ketika dara pecah adalah saat yang ditunggu kebanyakkan lelaki. Jadi bila isteri tidak mengeluarkan darah, isteri dianggap bukan anak dara lagi. Ini adalah fakta yang songsang dan menyesatkan. Dara seseorang perempuan tidak ada kena mengena dengan darah yang keluar dari vagina. Mitos ini membuatkan ramai wanita risau pada malam pertama dan tidak dapat beraksi di ranjang dengan sepenuhnya. Jangan risau jika isteri anda tidak mengeluarkan darah pada malam pertama.

Diharap setelah anda tahu akan mitos malam pertama ini, pasangan yang ingin berkahwin tidak akan terpengaruh dengan mitos malam pertama yang banyak tersebar di kalangan masyarakat kita. Rileks dan nikmatilah  hubungan seks dengan pasangan anda dengan penuh nikmat.

Nak Belajar Teknik Kamasutra Melayu?

102 posisi seks unik

About The Author

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Related posts

Leave a Reply