Kenapa Zakar Kecil dan Mengecut?

March 20, 2009 by  
Filed under Petua Seks Melayu

Ramai lelaki mengeluh kerana saiz menjadi kecil dan mengecut ketika usia meningkat. Adakah faktor mengecil dan mengecut ini betul-betul disebabkan oleh faktor usia atau terdapat faktor-faktor lain?

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Ikuti ulasan tentang zakar kecil dan zakar mengecut dari Dr. Ismail Thamby.

Pengambilan makanan kesihatan oleh segelintir ahli bina badan selain individu yang gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan buah dada membesar, manakala zakar pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika ‘beraksi’.

Kesan sampingan itu bukan perkara baru, malah sering dialami ahli bina badan dan angkat besi hasil pengambilan makanan kesihatan mengandungi steroid tanpa mendapat nasihat doktor.

Pada mulanya, individu yang berdepan perkara terbabit mempunyai saiz zakar normal, tetapi masalah timbul apabila mereka mula bersenam dengan mengangkat besi untuk membentuk anggota tubuh.

Individu yang mengambil steroid untuk membuatkan otot mantap, tegap, timbul dan membesar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin ia kelihatan seperti makanan kesihatan biasa tetapi sebenarnya mengandungi bahan berkenaan.

Steroid yang diambil tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan hormon testosteronnya menurun hingga membuatkan zakar mengecil selain mengecut.

Mereka perlu memastikan apa yang diambil sebagai makanan kesihatan itu tidak mengandungi steroid atau hormon Androgen (selain hormon testosterone) seperti Androsteindion dan DHEA yang menjadi makanan kesihatan biasa dalam produk bina badan.

Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini akhirnya menyebabkan buah dada pengambilnya besar, manakala zakar pula mengecil selain kurang mantap.

Mereka digalak meneruskan senaman tetapi dinasihatkan berhenti mengambil steroid bagi mengelak masalah terbabit berpanjangan hingga mengganggu kelancaran hubungan seksual.

Individu yang terbabit dalam sukan bina badan atau angkat besi tanpa menggunakan steroid juga berdepan risiko zakar mengecut.

Bagaimanapun, ia berlainan kerana jika zakar mengecut, ia disebabkan kekerapan bersenam dan mengangkat besi membuatkan semua otot badan, termasuk otot kemut, dalam keadaan mencengkam untuk mengukuhkan struktur tubuh ketika senaman lasak dilakukan.

Ketika itu, zakar yang tidak menegang tertarik ke dalam dan selepas otot lega ia kembali kepada keadaan normal

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 8% [?]

Carian Popular:

Comments

2 Komen on "Kenapa Zakar Kecil dan Mengecut?"

  1. rubdesh on Thu, 28th May 2009 11:19 am 

    i want to ask dr ismail thamby my dick when stand it will move to left side n a liitle bit bend to downwards how do i solve this problem what medicine should i take or what i suppose to do

  2. mohamad on Sun, 20th Dec 2009 2:17 am 

    Adakah mnjadi msalah jka kpla zakar kt tdk kras?

Ada apa-apa nak komen, tulis kat sini...
lupa pulak, kalau nak ada gambar avatar kat komen you all, dapat gravatar dengan klik kat sini!





seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline