Elakkan Ketagihan Seks

July 5, 2008 by  
Filed under Petua Seks Melayu

Seks adalah anugerah tuhan kepada manusia yang penuh nikmat dan keasyikkan. Tetapi, seks yang berlebihan akan menjerus kepada masalah dan penyakit. Tambahan pula penyakit yang dikenali sebagai .

Jangan sampai kaum wanita perlu memakai alat ini untuk mengelakkan dari jenayah seksual akibat ketagihan seks

Jangan sampai kaum wanita perlu memakai alat ini untuk mengelakkan dari jenayah seksual akibat ketagihan seks

Banyak keburukan yang timbul akibat daripada ketagihan seks. Salah satu masalah sosial yang meruncing akibat daripada kesan ketagihan seks adalah kes-kes rogol yang berleluasa pada masa sekarang. Seperti ketagihan-ketagihan yang lain seperti ketagihan judi, alkohol, dadah dan sebagainya, mereka  yang ketagihan seks sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu serakah dan ketagihan seks mereka.

Menurut Doktor Patrick Carnes, Ph.D, direktor Klinik “Sexual Dependency Unit” dan “Sexual Therapy Program” di Del Amo Hospital, Torrance, California, beliau pernah mengubati pesakit ketagihan seks yang telah membelanjakan USD50,000 atau lebih hanya dalam masa setahun untuk seks.

Banyak tu, USD50,000 semata-mata untuk seks.

Mengikut kajian yang beliau jalankan, enam peratus masyarakat Amerika mengalami ketagihan seks. Menurut Dr. Patrick Carnes lagi, antara faktor-faktor yang mengakibatkan ketagihan seks ialah;

  • Pernah mengalami gangguan seksual semasa alam kanak-kanak.
  • Berasa malu dengan aktiviti seksual.
  • Tidak dapat menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual walaupun tahu aktiviti itu salah.
  • Melakukan hubungan seks yang tidak normal, seperti melanggan pelacur dan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur.

Merawat ketagihan seks tidak bermakna anda harus menghentikan sama sekali aktiviti seksual anda. Cara yang paling berkesan untuk merawat ketagihan seks adalah mendekatkan diri anda kepada Tuhan. Berpuasa adalah salah satu teknik yang telah terbukti dapat mengawal nafsu seks dan nafsu-nafsu lain.

Anda juga boleh mendapatkan nasihat pakar dan mengikuti program-program untuk mengelakkan ketagihan seks yang dianjurkan.

Segalanya terletak kepada diri anda sendiri.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]

Carian Popular:

Comments

2 Komen on "Elakkan Ketagihan Seks"

  1. Syafirah Yasmin on Fri, 13th Feb 2009 1:22 pm 

    Kenapa ramai isteri tak puas dan kemudian curang dengan suami masing-masing?

  2. Kuska on Thu, 2nd Apr 2009 11:37 pm 

    Hyper tension and strokes are usually associated with excess weight (obesity).So, you can buy proactol and become attractive slim person.
    By reducing excess weight,you will be healthier and feel more energetic.

Ada apa-apa nak komen, tulis kat sini...
lupa pulak, kalau nak ada gambar avatar kat komen you all, dapat gravatar dengan klik kat sini!





seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline