Suami Pitam Cekup Isteri Curang

February 19, 2010 by  
Filed under Berita Seks Melayu

Seorang suami berusia lingkungan 60-an hampir pitam apabila mencekup isterinya yang sedang melakukan maksiat dengan lelaki lain di Kajang. Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.

Suami Pitam Cekup Isteri Curang

Sekadar gambar hiasan

Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.Pasangan berkenaan yang berpakaian lengkap, ditahan anggota penguat kuasa Jais ketika berada dalam sebuah bilik di kediaman itu.

Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.

“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram. “Namun, biar undang-undang yang menentukan dan saya serahkan segala kes ini kepada pihak berkuasa (Jais) untuk siasatan,” katanya yang sudah tidak dapat menerima lagi isterinya itu.

Menurut suami malang terbabit, dia mendirikan rumah tangga sejak 19 tahun lalu dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dan tidak menyangka isterinya itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan tinggal bersama lelaki bukan mahram. “Saya mula mengesyaki isteri mempunyai hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu selepas melihat sikapnya yang kerap menjauhkan diri setiap kali telefon bimbitnya berbunyi.

“Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang buruk daripada saya kerana sepanjang kami berkahwin, kami tidak pernah berahsia. Kelakuan peliknya ini menyebabkan saya berasa curiga,” katanya. Menurutnya, sejak itu, isterinya yang juga mengajar di sebuah pusat tuisyen di Kajang itu kerap pulang lewat ke rumah walaupun kebiasaannya pusat mengajar berkenaan sudah tutup pada jam 10 malam.

“Isteri saya tiba ke rumah jam 12 tengah malam dan perangainya bertambah teruk, termasuk pernah tidak pulang langsung,” katanya.

Lelaki itu mendakwa, isterinya juga pernah menutup telefon bimbitnya dari pagi dan dia hanya dapat menghubungi wanita berkenaan semula pada sebelah malam. “Sebenarnya, saya sangat risaukan keselamatannya ketika itu kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Namun, dengan rasa tidak bersalah, isteri saya pulang ke rumah tanpa memberikan alasan munasabah.

Difahamkan, cinta antara wanita itu dan lelaki terbabit mula berputik selepas mereka bertemu ketika menghadiri kursus pada September tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi apabila lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyenaraikan nama wanita berkenaan setiap kali kursus dianjurkan.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 15% [?]

Carian Popular:

Comments

4 Komen on "Suami Pitam Cekup Isteri Curang"

  1. kapten on Sun, 28th Mar 2010 6:17 pm 

    Ala aku kenal couple yang kena tangkap khalwat tu. Laki dia pun aku kenal. Sebelum kena tangkap suami dia dah dua tiga kali follow bini dia date dgn laki tu tapi dia tak buat apa2. Bila confirm boleh buat kes baru laki dia panggil orang jais tangkap. Memang hebat suami cikgu tu.

  2. mamat on Tue, 10th Aug 2010 5:51 pm 

    bini die 2 dh wajib duk neraka..xpyh idop lw nk jdik mcm 2..bgus laki die 2..cerai kn trus..

  3. din on Sat, 15th Jan 2011 10:49 pm 

    tu mesti kes x puas

  4. Huzaimi on Sat, 22nd Jan 2011 4:07 pm 

    Bini aku pun sama, ada org dah beritahu aku bahawa biniku curang namun bini aku tak mengaku. Aku ada cite dalam kisah rumah tangga. Cerita no 181.

Ada apa-apa nak komen, tulis kat sini...
lupa pulak, kalau nak ada gambar avatar kat komen you all, dapat gravatar dengan klik kat sini!





seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline