Dua Lelaki Ditahan Rakam Gambar Bogel Rakan Sembang Internet

April 7, 2008 by  
Filed under Berita Seks Melayu

Ni berita aku dapat masa baca Utusan Malaysia hari ni. Dua lelaki kena tangkap sebab rakan gambar member chatting diaorang, lepas tu edarkan pulak kat kawan-kawan. Kalau diaorang tak edarkan, mesti tak kantoi.

Gambar ini adalah hiasan semata-mata

Gambar ini adalah hiasan semata-mata

Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan memeras ugut mengedarkan gambar 40 mangsa yang terdiri daripada rakan bual laman .

Kedua-dua lelaki itu dikatakan mengugut mahu mengedarkan gambar-gambar bogel itu jika mangsa tidak menyerahkan wang antara RM1,000 dan RM2,000 setiap seorang.

Gambar-gambar mangsa dirakamkan menggunakan kamera web yang dipasang ketika suspek menyamar sebagai perempuan dan memujuk rayu mangsa menerusi suara-suara ghairah ‘perempuan’ supaya melakukan seks dalam talian.

Ketika mangsa-mangsa terbabit benar-benar ghairah kerana menyangka rakan sembang itu adalah perempuan, suspek akan meminta mereka menanggalkan pakaian masing-masing sebelum aksi-aksi mangsa dirakam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek lelaki yang berusia 27 dan 29 tahun itu ditahan di Kota Kinabalu pada awal pagi 1 April lalu.

“Berdasarkan laporan yang diterima, kedua-dua suspek memperdaya lebih 40 mangsa di seluruh negara dan meraih pendapatan hampir RM30,000 sepanjang terlibat dengan kegiatan memeras ugut itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Menurut Arjunaidi, modus operandi kedua-dua lelaki itu menggunakan nama samaran wanita bagi memancing mangsa yang terdiri daripada golongan lelaki di Internet.

“Suspek kemudian menghubungi mangsa menggunakan suara perempuan bagi membangkitkan keghairahan sehingga mangsa terpedaya lalu menanggalkan pakaian.

“Kemudian, kedua-dua suspek itu bertindak merakam aksi ‘panas’ mangsa sebelum memeras ugut dengan meminta wang antara RM1,000 hingga RM2,000,” katanya.

Tambah Arjunaidi, suspek akan mengugut mangsa untuk menyebarkan rakaman itu di Internet sekiranya tuntutan mendapatkan wang tidak dipenuhi.

Jelasnya, mangsa yang bimbang dengan ugutan itu bertindak memasukkan sejumlah wang diminta ke dalam akaun suspek.

Katanya, salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah manakala seorang lagi dikehendaki berkaitan kes ugut.

“Polis juga masih menyiasat kemungkinan penglibatan individu lain termasuk wanita dalam kegiatan itu,” katanya.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]

Carian Popular:

Comments

2 Komen on "Dua Lelaki Ditahan Rakam Gambar Bogel Rakan Sembang Internet"

  1. amy on Fri, 19th Feb 2010 9:28 am 

    Hi amoi cantik leh sembang

  2. amy on Fri, 19th Feb 2010 10:14 am 

    Hi,
    amoi cantik

Ada apa-apa nak komen, tulis kat sini...
lupa pulak, kalau nak ada gambar avatar kat komen you all, dapat gravatar dengan klik kat sini!





seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline