Celaru Jantina Punca Lesbian dan Gay

January 13, 2012 by  
Filed under Berita Seks Melayu

Semalam akhbar Harian Metro mendedahkan pengakuan seorang suri rumah berkaitan hubungan songsang dengan seorang yang dikenali sebagai Abang Man. Bermula daripada perkenalan biasa, pasangan itu menjalin hubungan intim tanpa pengetahuan keluarga semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah masing-masing.

Lesbian Melayu

Sekadar gambar hiasan

Sikap segelintir masyarakat memandang ringan gejala kecelaruan dipercayai antara faktor mengakibatkan masalah itu semakin berleluasa hingga segelintir individu terjebak dalam hubungan sejenis.Keadaan itu dikhuatiri boleh menyebabkan institusi kekeluargaan semakin goyah selain memupuk generasi masa depan yang tidak mampu memahami erti hubungan mahram mahupun perkahwinan.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Khaidzir Ismail berkata, semakin ramai penduduk negara ini memandang ringan gejala kecelaruan jantina walaupun ia boleh membawa pelbagai kesan buruk terhadap masyarakat dan negara. “Jika zaman dulu, tingkah laku sebegini dianggap sebagai suatu masalah keruntuhan akhlak yang serius dan penyakit kecelaruan minda, sebaliknya kini ia menjadi suatu perkara normal kerana tiada pihak memandang serius.

“Ditambah pula, terdapat segelintir kelab mewujudkan laman web tertentu semata-mata menunjukkan sokongan terhadap golongan terbabit,” katanya.

Dr Khaidzir berkata, bagaimanapun, gejala ini mampu diatasi dengan beberapa cara penyelesaian dengan ia lebih berkesan apabila menerima sokongan pelbagai lapisan masyarakat. Menurutnya, golongan itu seharusnya digalakkan bertemu pakar psikologi atau psikiatri. “Bukan mudah mengubah minda golongan ini, oleh itu setiap keluarga seharusnya bersabar dan tidak berputus asa memberi sokongan bagi membolehkan mereka menjalani gaya hidup sihat secara berperingkat,” katanya.

Dr Khaidzir berkata, setiap ibu bapa tidak seharusnya hilang keyakinan terhadap anak masing-masing memandangkan peranan mereka amat penting bagi memastikan golongan ini kembali ke pangkal jalan.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]

Carian Popular:

Comments

Ada apa-apa nak komen, tulis kat sini...
lupa pulak, kalau nak ada gambar avatar kat komen you all, dapat gravatar dengan klik kat sini!





seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline